Rabu, 12 Mac 2014

Talam Crackers


TALAM CRACKERS

Bahan lapisan bawah:
20 kpg biskut tawar (sebarang jenama) ~ diramas halus
400ml santan pekat + air pandan ~ ( 8 helai daun pandan + 1 cawan air dimesin halus,  
  tapis dan campur dgn santan = 400ml)                                                      
6 sb susu pekat manis
3 sb gula pasir ~ kalau suka manis boleh tambah lg
2 bj telur
pewarna hijau

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali biskut. Kacau sebati.
2. Masukkan biskut, gaul rata dan tambah warna hijau.
3. Ketepikan sebentar.


Bahan lapisan atas:
1 cawan tepung beras
1 cawan santan ~ saya guna santan kotak, hasilnya putih melepak!!!!
2 cawan air
garam secukupnya.


Caranya:
1. Satukan bahan diatas , kacau sebati dan tapis.
2. Masuk dlm periuk, kacau atas api hingga naik wap, ketepikan.
3. Guna acuan lompang, sapukan sedikit minyak masak.
4. Masukkan adunan lapisan bawah separuh acuan, kukus selama 15 minit atau hingga masak.
5. Dah masak, jika atas kuih tu ada air kukusan, buangkan air tu menggunakan tisu dapur.
6. Tuang adunan lapisan atas dan kukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan dan pastikan dah betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.




Tiada ulasan:

Catat Komen