Ahad, 2 Mac 2014

Lempeng Butter



LEMPENG BUTTER

Bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 1/2 cawan air / susu cair
1 sb butter / margerin
sedikit pewarna kuning
** margerin secukupnya ~ untuk dioles dlm kuali

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali yg bertanda**. Gaul rata kemudian dimesin hingga halus.
2. Panaskan kuali leper, letak margerin dlm 1 sudu teh. Kalau nak garing bahagian tepi lempeng tu, letak lebih sikit.
3. Bila margerin dah panas, masukkan 1 senduk adunan dan masak hingga garing dgn api yang sederhana. Balik balikkan lempeng tu supaya bahagian atas dan bawah garing.
4. Dah masak dan dah garing, angkat dan makan dgn sambal tumis ataupun kuah kari.



Tiada ulasan:

Catat Komen