Rabu, 2 April 2014

Cucur Badak.....pisang + kentang


Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah lama tak pekena dengan cucur badak. Tetiba teringinlah pulak. Masa pergi pasar, nampak keledek buat dek je. Bila dah balik, baru nyesal dan ralat tak beli. Jeling punya jeling, ternampak ada lebihan pisang. Nak buat cekodok memang ciput jadinya. Tetiba datang idea nak gandingkan pisang ngan kentang. Jadi ke tak, belakang kira. Yang pasti, tekak memang nak makan sangat dah ni!!!!. Alhamdulillah, menjadi dan tak kalah juga rasanya dengan cucur badak keledek. Tapi, adunan dia ada melekit sikit....mungkin sebab pisang kot!!!. Jangan panik,  simpan dalam peti ais sekejap...dalam setengah jam, kemudian bila nak  bulat2kan adunan tu, jari dan tapak tangan lumur dengan minyak masak. Alhamdulillah senang dan tak le stress!!!!. Jom kita intai....



CUCUR BADAK PISANG + KELEDEK

Bahannya:
200gm pisang ~ jenis yg boleh buat kuih
300gm kentang ~ direbus
200gm tepung gandum
1 1/2 sb tepung kanji ~ x letak pun ok
garam secukup rasa.

Caranya:
1. Lenyek pisang, kentang hingga halus. Tambah garam dan gaul sebati. Jika masih panas, biar sebentar, tunggu suam.
2. Dah suam, tambah tepung gandum dan tepung kanji. Gaul sebati. Jika adunan masih melekit ditangan, jangan tambah tepung lagi, nanti keras. Simpan adunan dalam peti ais sebentar, lebih kurang setengah jam.
3. Bila nak bentukkan adunan, celup jari dan sapu di tapak tangan dengan minyak masak. Jika adunan tak melekit, tak perlu sapu minyak.
4. Ambil sedikit adunan, leperkan , isi inti dan tutup semula. Kemaskan dan bentukkan hingga menjadi bulat.
5. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.


Bahan inti serunding:
200gm kelapa parut
50gm udang kering / udang geragau kering
2 sb lada kisar ~ nak pedas letak lebih *
1 batang serai *
1 sb ketumbar biji *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit kunyit basah *
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Mesin bahan yang bertanda * hingga halus. 
2. Tumis hingga wangi dan garing. Tambah garam dan gula, kacau sebati.
3. Masukkan kelapa parut, kacau hingga masak dan jangan terlalu kering .
4. Bila dah masak, sejukkan dulu baru boleh digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Komen