Sabtu, 13 April 2013

Dadar Berlauk




DADAR BERLAUK


Bahan Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan bancuhan susu cair ~ susu cair +air
1 biji telur ~ dipukul ringan
Sedikit garam

Bahan Inti:
1 cawan isi ikan yg telah direbus ~ boleh jg guna ikan sardin
1 cawan taugeh
1 tangkai lada merah ~ potong kecil2
1 tangkai lada hijau ~ potong kecil2
1/2 biji bawang holland ~ dipotong2
1 biji bawang putih ~ ditumbul
Sedikit halia ~ ditumbuk
Lada sulah Ajishio secukupnya
Garan dan gula secukupnya
Sedikit air limau




Caranya:
1. Tepung + garam + susu, digaul rata. Kemudian masukkan telur, kacau rata. Tapiskan dan perap 1/2jam.
2. Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi. Masukkan isi ikan, lada, bawang, lada sulah, air limau , garam dan lada sulah. Gaul sebati.
3. Masukkan taugeh, gaul rata tp jg lecur sangat. Angkat dan sejukkan.
4. Bahan kulit td didadar nipis2. Masukkan inti, gulung seperti popia.
5. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Makan panas2 dgn sos pilihan.






Khamis, 11 April 2013

Chocettes Cheese Cake






Assalamualaikum, salam sejahtera dan semuga berbahagia disamping keluarga tercinta. Kelmarin ada permintaan dari anak buah, suruh buat Tofee Cheese Cake. Katanya.....kalau rajin buatlah, dapat merasa sepotong jadilah!!!!. Emmmm......memang pandai anak2 buah ni, dia tahu...makciknya ni mesti buatkan....sbb tak sampai hati. Kalau panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, ada kelapangan masa, in syaa Allah.....apa anak2 buah nak makan, cik buatkan!!!!. Tak kira dimana kamu semua berada.....cik @ Uda sayang kamu semua!!!!!.


Kek ni sumber dari Azlita masam manis tapi...kalau tengok kejadian luaran kek saya ni, memang tak sama dengan dia. Asal guna coklat Tofee tapi saya cari tak de....guna ajalah coklat Chocettes. Sebab tu, nama kek ni pun saya tukar!!!. Kalau tengok gambar kek Azlita, lapisan oreo ada didasar dan sekeliling acuan.Nampak kemas bila caramel tak melimpah. Saya hanya dapat buat didasar saje, tak cukup kalau nak letak keliling. Mungkin saya letak tebal kot?.  Tak pe...next time saya gandakan oreo tu. Practice Makes Perfect....tak gitu?. Kek ni memang sedap dan sebelum potong, pastikan caramel betul2 sejuk sbb, nanti dia terlampau meleleh.....macam kek saya tu!!!!!. Atau, masa mengacau caramel tu...kurang pekat kot?. Tak pe lah....lain kali kene perbaiki lagi.  Apa2 pun, terima kasih Azlita...kongsi kek yg mebeles ni. Saya share disini pula ye....



CHOCETTES CHEESE CAKE


Lapisan bawah
1 1/2 cawan biskut oreo / Marie / Tiger ~ dihancurkan
5sb butter ~ dicairkan

Caranya:
1. Satukan biskut dgn butter, gaul sebati.
2. Jika suka, boleh juga dicampur biskut2 tu ~ oreo dan marie atau sebaliknya.
3. Alas loyang spring form 8in dgn baking paper.
4. Padatkan biskut tadi dlm loyang. Simpan dlm peti ais selama 1 jam.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau hingga biskut merenggang sikit dari loyang.
6. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut tu sejuk dlm loyang.







Cheese Cake

250gm krim cheese ~ suhu bilik
150gm gula perang
30gm butter ~ dicairkan
5 biji telur
1st sen vanilla

Caranya:
1. Pukul krim cheese dgn gula hingga lembut. Tambah telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Tambah butter dan vanilla dan pukul lagi hingga rata.
3. Tuang dalam loyang yang ada biskut tadi.
4. Balut sekeliling loyang dgn aluminium foil. Bakar secara bain marie iaitu letak loyang dlm loyang lain yg lebih besar dan isikan air panas.  Jangan sampai loyang kek terapung.
5. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 15 minit menggunakan api atas bawah.
6. Dah masak, sejukkan sebentar. 


Caramel

1 1/2 cawan gula ~ saya letak 1 1/4 cawan
1/4 cawan air
1/2 st jus lemon ~ saya guna jus oren  sunquick
1 cawan Dairy Whipping Cream
15gm butter

Caranya:
1. Masak gula, air dan jus oren hingga keperangan.
2. Tambah krim, kacau hingga pekat.
3. Tambah butter dan kacau hingga berkilat.
4. Biarkan suam, kemudian tuangkan atas cheese kek tadi.
5. Simpan kek dalam peti ais hingga sejuk dan hias dgn coklat Tofee ~ saya guna coklat Chocettes


Selasa, 9 April 2013

Ikam Merah Lemak Belimbing



IKAN MERAH LEMAK BELIMBING


Bahannya:
4 keping isi ikan merah
1 cawan santan pekat
Belimbing buluh secukupnya ~ dibelah 2
garam dan gula secukupnya

bahan dimesin halus:
2 tangkai lada merah ~ suka pedas letak lebih
1 batang serai
2 bj bawang putih
4 bj bawang merah
sedikit halia
sedikit lengkuas
sedikit kunyit
air secukupnya

Caranya:
1. Masukkan ikan, belimbing, bahan dimesin, garam dan gula kedalam periuk. Masak sebentar.
2. Masukkan santan, sambil terus dikacau supaya tak pecah santan hingga mendidih.
3. Rasakan garam dan gula, semua dah ok, padamkan api.




Isnin, 8 April 2013

Sardin Roll




SARDIN ROLL
Sumber : Citarasawan


Bahan pastry:
300gm tepung gandum
120gm margerin sejuk
1/2st garam
3sb air ais ~ air dari peti sejuk


Bahan inti:
1 tin sardin
1/2 biji lada merah ~ dicincang
1/2 bj bawang besar ~ didadu kecil
1st jus limau
1/2st garam
lada sulah secukupnya
** asingkan sardin dgn sos. Lecek halus dan gaulkan dgn bahan yg lain. Ketepikan.


Cara membuat doh pastry:
1. Tepung bersama butter digaul dan diramas sehingga menjadi serbuk roti.
2. Campurkan garam dan air sejuk, uli hingga menjadi doh.
3. Canai pastry lebih kurang 3mm tebal dan potong persegi 4x4in. 
4. Isikan inti sardin, sapu tepi pastry dgn putih telur kemudian gulung dgn kemas.
5. Kelar atau cucuk dgn garpu, griskan dengan kuning telur.
6. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit, keluarkan semula, sapu lagi dgn kuning telur supaya terang. Bakar lagi pada suhu 130C selama 15 minit atau hingga masak .(ikut hati masing2 nak garing cam mana).




Ahad, 7 April 2013

Marble Oreo



Assalamualaikum, salam bahagia, salam sejahtera dan salam ceria.  Semuga hari2 yang kita lalui dan urusan harian yang kita jalani, sentiasa dipermudahkan. Hari ni nak kongsi resepi kek marble oreo. Sebenarnya ni resepi lama, dah pernah buat tapi terlupa siapa empunya resepi ni. Kepada sesiapa yang terasa resepi ni dia empunya, halalkan ye....kita sama2 kongsi kek yang sedap ni. Kebetulan ada oreo.....saya buat lagi untuk kali ke dua. Adunan kek ni tak guna butter, tak guna ovalete dan tak letak vanilla. Hanya guna minyak dan saya letakkan perasa. Kalau ditukarkan kepada butter lagi sedap kek yang dah sememangnya sedap dan halus ni. Jom kita intai....







MARBLE OREO
Olahan : UDA


Bahan A :
120gm biskut oreo
120gm butter ~ saya guna 100gm

Cara:
1. Oreo dikisar (buang creamnya).
2. Butter dicairkan.
3. Campurkan kedua2 bahan, gaul sebati dan tekan2kan kedalam loyang. Saya guna loyang 8in.
4. Simpan dlm peti ais selama 1/2 jam.


Bahan B:
140gm tepung gandum ~ diayak
1st baking powder ~ diayak
70gm gula castor
45ml minyak makan ~ 
135ml air
3 biji kuning telur


Bahan C:
6 biji putih telur
70gm gula castor
1/2st cream of tar tar


Bahagian D:
pewarna merah, kuning dan hijau
strawberry emulco, pandan emulco


Caranya:
1. Satukan bahan B dan puter sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan C, putar hingga gebu (soft peak).
3. Satukan bahan B ke dalam bahan C, gaul sebati. Jangan lama, nanti cair.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian, warnakan dan letak perasa kegemaran jika suka.
5. Dalam loyang tadi, tuang adunan selang seli ikut warna hingga habis.
6. Bakar secara waterbath ~ loyang kek diletak kedalam loyang yang berisi air panas. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180C atau sehingga masak. Kepanasan oven mengikut oven masing2.



Selasa, 2 April 2013

Chocolate Mousse Brownise



Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari semalam hari merajinkan diri!!!!!.Kebetulan ada pisang lebih buat muffin so, rajin betul hari ni gi kedai beli  coklat (dah kehabisan stok). Ni semua gara2 terlihat kat blog Azlita masam manis, CMG dan beberapa orang lagi berkenaan coklat mousse brownise ni. Bezanya, saya buat brownise pisang. Diorang buat....nampak cantik dan kemas je kejadiannya. Saya punye.....tengok sendirilah ye.....paham2 ajelah, baru first time buat. Apa2 pun....memang sedap dan bila makan coklat mousse ni, terasa makan ais krimlah pulak!!!!. Sebenarnya, membuatnya taklah susah mana. Hiasan tu terpulang kpd kreativiti memasing....saya tak pandai sangat.....sbb tu comot sana sini!!!!. Jom kita intai....





Bahan untuk Brownise Pisang:

85gm gula castor
58gm butter
1 biji telur A
100gm tepung gandum ~ diayak
20gm susu cair
1/2st baking powder ~ diayak
1/2st soda bikarbonate ~ diayak
2 biji pisang berangan ~ dilecek halus
1/2st esen pisang
2sb coklat rise


Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Griskan springform pan 8in dgn butter, ketepikan.
2. Butter dan gula castor dipukul hingga putih. Masukkan telur, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan tepung bersama dgn baking powder dan soda bikarbonate sikit2. Kemudian masukkan susu cair, putar rata.
4. Masukkan pisang yg telah dilecek dan esen pisang. Gaul rata. Campurkan coklat rise, gaul rata guna spatula.
5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 25 - 30 minit atau pun hingga masak.
6. Dah masak, keluarkan dari oven, sejukkan kek ....tak perlu keluarkan dari springform.





Bahan untuk Mousse:
( sumber : CMG )

140gm coklat masakan
1sb halal gelatin
100ml air
2 biji putih telur
200gm whipping cream
40gm gula castor  ~ saya guna 30gm

Caranya:
1. Campurkan gelatin dan air dalam satu bekas, kacau hingga rata.
2. Cairkan coklat secara d/boiler. Kacau hingga cair dan angkat .
3. Campurkan coklat dan gelatin, kacau rata dan biarkan sejuk.
4. Pukul putih telur hingga berbuih. Campurkan gula, pukul lagi hingga pekat dan kental.
5. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga gebu dan pekat. Jangan terlebih putar, nanti cair.
6. Satukan coklat, putih telur kedalam whipping cream, gaul rata.





Penyediaan Chocolate Mousse Brownise:

1. Tuang adunan mousse ke dalam loyang yang ada kek tadi.
2. Ratakan, simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam (saya semalaman) sehingga mousse keras.
3. Taburkan serbuk milo / serbuk koko sebelum dihidangkan. Sedap dimakan sejuk!!!!!.




Isnin, 1 April 2013

Chocolate Eclair




Assalamualaikum, salam sejahtera dan ceria2 selalu. Akhir2 ni, tak banyak resepi yang dapat saya kongsikan disini. EEEmmmm......tanggungjawab yang wajib perlu didahulukan. Jika ada kesempatan dan masa yang mengizinkan, adalah bahan yang nak dikongsikan. Hari ni berkesempatan membuat eclair ni. Daripada semalam anak merengek suruh buatkan tapi, banyak urusan dan bila dah penat, no mood!!!!!.Jom kita intai apa yang saya buat hari ni....Tapi macam biasa, ada bahagian yang saya ikut cara saya, bagi menjimatkan masa dan menyenangkan kerja saya.




CHOCOLATE ECLAIR
Sumber : Azlita masam manis & Puteri Manja


Bahannya:
130gm tepung gandum ~ diayak
300ml air + susu segar (150ml + 150ml)
100gm butter
4 biji telur ~ dipukul manja
secubit garam
secubit gula


Caranya:
1. Sediakan tray, alas baking paper dan digris dgn butter
2. Satukan campuran air dan susu dengan butter. Masak dalam periuk dgn api yg kecil hingga larut.
3. Bila hampir mendidih, masukkan tepung bersama garam dan gula. Kacau cepat2 hingga bergentel dan menjadi satu adunan yang lembut dan tak melekat diperiuk. Tutup api dan sejukkan adunan sebentar.
4. Panaskan oven pada suhu 180C.
5. Bila adunan dah sejuk, pukul adunan menggunakan mixer dan masukkan telur sedikit2 hingga adunan menjadi lembut dan berkilat.
6. Masukkan adunan dalam piping bag dan saya gunakan nozel bintang. Paipkan adunan dalam tray. 
7. Saya bakar sehingga bahagian bawah dah masak kekuningan dgn menggunankan api atas bawah. Kemudian tukar kepada api atas sahaja, masak sehingga keseluruhan kuih kekuningan. 
8. Setelah masak, sejukkan kuih.




TOPPING COKLAT
100gm cooking coklat

Cairkan coklat secara d/boiler.
Celupkan permukaan atas eclair.
Biarkan hingga coklat mengeras.



CHOCOLATE FILLING

100ml whipping cream (saya guna ready to whipp)
1st Gelatine
50ml air
70gm cooking coklat
1 biji putih telur
1sb gula castor


Caranya:
1. Campurkan air dgn gelatine, kacau dgn sudu sebentar dan biarkan terendam dan larut.
2. Cairkan coklat dgn cara d/boiler. Kemudian masukkan gelatin tadi dalam coklat panas. Gaul rata dan ketepikan.
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Tambahkan gula dan pukul lagi hingga bertanduk. Bila terbalikkan tak jatuh.
4. Dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk.
5. Satukan coklat dan putih telur tadi dalam whipping cream. Kaup balikkan secara perlahan dan rata.
6. Masukkan dlm piping bag dan guna nozel pilihan. Simpan sebentar dlm peti ais selama 10 - 15 minit. Jangan lama, nanti beku.
7. Gunting eclair tapi jangan putus. Paipkan coklat filling tadi. Ataupun ikut kreativiti masing2 .