Assalamualaikum, salam sejahtera dan ceria2 selalu. Akhir2 ni, tak banyak resepi yang dapat saya kongsikan disini. EEEmmmm......tanggungjawab yang wajib perlu didahulukan. Jika ada kesempatan dan masa yang mengizinkan, adalah bahan yang nak dikongsikan. Hari ni berkesempatan membuat eclair ni. Daripada semalam anak merengek suruh buatkan tapi, banyak urusan dan bila dah penat, no mood!!!!!.Jom kita intai apa yang saya buat hari ni....Tapi macam biasa, ada bahagian yang saya ikut cara saya, bagi menjimatkan masa dan menyenangkan kerja saya.
CHOCOLATE ECLAIR
Sumber : Azlita masam manis & Puteri Manja
Bahannya:
130gm tepung gandum ~ diayak
300ml air + susu segar (150ml + 150ml)
100gm butter
4 biji telur ~ dipukul manja
secubit garam
secubit gula
Caranya:
1. Sediakan tray, alas baking paper dan digris dgn butter
2. Satukan campuran air dan susu dengan butter. Masak dalam periuk dgn api yg kecil hingga larut.
3. Bila hampir mendidih, masukkan tepung bersama garam dan gula. Kacau cepat2 hingga bergentel dan menjadi satu adunan yang lembut dan tak melekat diperiuk. Tutup api dan sejukkan adunan sebentar.
4. Panaskan oven pada suhu 180C.
5. Bila adunan dah sejuk, pukul adunan menggunakan mixer dan masukkan telur sedikit2 hingga adunan menjadi lembut dan berkilat.
6. Masukkan adunan dalam piping bag dan saya gunakan nozel bintang. Paipkan adunan dalam tray.
7. Saya bakar sehingga bahagian bawah dah masak kekuningan dgn menggunankan api atas bawah. Kemudian tukar kepada api atas sahaja, masak sehingga keseluruhan kuih kekuningan.
8. Setelah masak, sejukkan kuih.
TOPPING COKLAT
100gm cooking coklat
Cairkan coklat secara d/boiler.
Celupkan permukaan atas eclair.
Biarkan hingga coklat mengeras.
CHOCOLATE FILLING
100ml whipping cream (saya guna ready to whipp)
1st Gelatine
50ml air
70gm cooking coklat
1 biji putih telur
1sb gula castor
Caranya:
1. Campurkan air dgn gelatine, kacau dgn sudu sebentar dan biarkan terendam dan larut.
2. Cairkan coklat dgn cara d/boiler. Kemudian masukkan gelatin tadi dalam coklat panas. Gaul rata dan ketepikan.
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Tambahkan gula dan pukul lagi hingga bertanduk. Bila terbalikkan tak jatuh.
4. Dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk.
5. Satukan coklat dan putih telur tadi dalam whipping cream. Kaup balikkan secara perlahan dan rata.
6. Masukkan dlm piping bag dan guna nozel pilihan. Simpan sebentar dlm peti ais selama 10 - 15 minit. Jangan lama, nanti beku.
7. Gunting eclair tapi jangan putus. Paipkan coklat filling tadi. Ataupun ikut kreativiti masing2 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan