Ahad, 7 April 2013

Marble Oreo



Assalamualaikum, salam bahagia, salam sejahtera dan salam ceria.  Semuga hari2 yang kita lalui dan urusan harian yang kita jalani, sentiasa dipermudahkan. Hari ni nak kongsi resepi kek marble oreo. Sebenarnya ni resepi lama, dah pernah buat tapi terlupa siapa empunya resepi ni. Kepada sesiapa yang terasa resepi ni dia empunya, halalkan ye....kita sama2 kongsi kek yang sedap ni. Kebetulan ada oreo.....saya buat lagi untuk kali ke dua. Adunan kek ni tak guna butter, tak guna ovalete dan tak letak vanilla. Hanya guna minyak dan saya letakkan perasa. Kalau ditukarkan kepada butter lagi sedap kek yang dah sememangnya sedap dan halus ni. Jom kita intai....







MARBLE OREO
Olahan : UDA


Bahan A :
120gm biskut oreo
120gm butter ~ saya guna 100gm

Cara:
1. Oreo dikisar (buang creamnya).
2. Butter dicairkan.
3. Campurkan kedua2 bahan, gaul sebati dan tekan2kan kedalam loyang. Saya guna loyang 8in.
4. Simpan dlm peti ais selama 1/2 jam.


Bahan B:
140gm tepung gandum ~ diayak
1st baking powder ~ diayak
70gm gula castor
45ml minyak makan ~ 
135ml air
3 biji kuning telur


Bahan C:
6 biji putih telur
70gm gula castor
1/2st cream of tar tar


Bahagian D:
pewarna merah, kuning dan hijau
strawberry emulco, pandan emulco


Caranya:
1. Satukan bahan B dan puter sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan C, putar hingga gebu (soft peak).
3. Satukan bahan B ke dalam bahan C, gaul sebati. Jangan lama, nanti cair.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian, warnakan dan letak perasa kegemaran jika suka.
5. Dalam loyang tadi, tuang adunan selang seli ikut warna hingga habis.
6. Bakar secara waterbath ~ loyang kek diletak kedalam loyang yang berisi air panas. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180C atau sehingga masak. Kepanasan oven mengikut oven masing2.



Tiada ulasan:

Catat Komen