Sabtu, 13 April 2013

Dadar Berlauk




DADAR BERLAUK


Bahan Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan bancuhan susu cair ~ susu cair +air
1 biji telur ~ dipukul ringan
Sedikit garam

Bahan Inti:
1 cawan isi ikan yg telah direbus ~ boleh jg guna ikan sardin
1 cawan taugeh
1 tangkai lada merah ~ potong kecil2
1 tangkai lada hijau ~ potong kecil2
1/2 biji bawang holland ~ dipotong2
1 biji bawang putih ~ ditumbul
Sedikit halia ~ ditumbuk
Lada sulah Ajishio secukupnya
Garan dan gula secukupnya
Sedikit air limau




Caranya:
1. Tepung + garam + susu, digaul rata. Kemudian masukkan telur, kacau rata. Tapiskan dan perap 1/2jam.
2. Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi. Masukkan isi ikan, lada, bawang, lada sulah, air limau , garam dan lada sulah. Gaul sebati.
3. Masukkan taugeh, gaul rata tp jg lecur sangat. Angkat dan sejukkan.
4. Bahan kulit td didadar nipis2. Masukkan inti, gulung seperti popia.
5. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Makan panas2 dgn sos pilihan.






Tiada ulasan:

Catat Komen