Isnin, 22 April 2013

Bom Bijan Kacang Merah




Assalamualaikum, salam sejahtera, salam bahagia. Bom bijan.......sebenarnya, macam2 nama kuih ni. Ada yg panggil kuih rengas, bebola bijan, onde onde. Kuihnya sama je, cuma inti yang ada berbagai. Adunan asas kuih ni....tepung beras pulut. Tapi, ada yang campur dgn sedikit tepung gandum, tepung kanji dan ada yg digaul dgn santan. Kiranya....ada macam2 cara nak bagi kuih ni lembut, maklumlah tepung beras pulut ni kenyal2 manja gitu!!!!! Kali ni adunan tepung saya copy dari Rahel.....ada beza sikit dari yang sebelum ni saya buat. Hasilnya....lebih kurang je!!!!!. Jom kita intai.......



BOM BIJAN KACANG MERAH


Bahan kulit (1/2 adunan dari yg asal)

175gm tepung beras pulut ~ diayak
25gm tepung kanji ~ diayak
1/2st soda bikarbonat ~ diayak
30gm gula pasir }
100ml air }dimasak dan dibiarkan sejuk
60ml minyak masak
bijan secukupnya
inti kacang merah secukupnya
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Bahan ayak dimasukkan dalam satu bekas.
2. Campurkan air gula yang dah sejuk kedalam bekas yg ada tepung tadi sikit2. Uli hingga jadi doh. Kalau dah cukup lembut, tak perlu habiskan air gula tu. Dah sebati, tambah minyak, uli hingga kental dan sebati.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Ambil satu bahagian, masukkan inti, bulat2kan. Celupkan sikit dalam air, golekkan dalam bijan. Gelekkan atas tapak tangan supaya bijan betul2 melekat.
4. Buat hingga habis, goreng dalam minyak sederhana hingga keemasan.


Bubur Daging







BUBUR DAGING

Bahannya:
1 cawan daging ~ dihiris nipis dan direbus
1/4 cawan kacang tanah ~ direbus bersama daging
1 cawan beras ~ dibersihkan
1 batang serai ~ diketuk
4 biji bawang merah ~ dihiris
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
sedikit halia ~ ditumbuk halus
1/2 batang carrot ~ potong dadu
10 biji bebola daging ~ belah 4
1 kiub stok ayam
rempah tumis secukupnya ~ kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang
serbuk lada sulah secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis


Caranya:
1. Panaskan minyak, masuk rempah tumis,serai dan bawang hiris. Tumis hingga wangi. Masukkan bahan yang ditumbuk halus, tumis hingga garing.
2. Masukkan daging bersama air rebusan dan kacang, beras, kiub ayam dan masak hingga mendidih dan separuh kembang. Masukkan carrot, lada sulah dan bebola daging, masak lagi hingga kembang.
3. Rasakan garam, bila dah kembang, tutup api.
4. Sedap dimakan panas2 bersama bawang goreng, daun sup dan sambal kicap.


Ahad, 21 April 2013

White Sauce Chicken Puff








WHITE SAUCE CHIKEN PUFF

Bahannya:
kulit pastry puff jenama Kawan secukupnya
kuning telur ~ untuk sapuan
putih telur ~ untuk melekatkan kulit puff
serbuk lada hitam/lada sulah ~ untuk taburan jika suka

Bahan inti:
1 cawan isi ayam ~ dipotong dadu dan digaul dgn 1 sudu besar tepung jagung
1 cawan kentang ~  didadu dan direbus
1/2 cawan carrot ~ didadu dan direbus (guna mix vegetable pun ok)


Bahan white sauce:
1 kiub stok ayam
1 -2sb tepung gandum ~ dicampurkan dgn sedikit air
air secukupnya
lada sulah dan garam secukupnya

Bahan tumis:
1/2 biji bawang holland ~ didadu
2 biji bawang putih ~ dicincang
2sb butter

Caranya:
1. Panaskan butter, masukkan bahan tumis masak hingga layu. 
2. Masukkan isi ayam yang telah digaul dgn tepung jagung, kacau sebati.
3. Masukkan bahan sos, gaul sebati hingga likat. Sukatan air ikut kepekatan yang macam mana kita nak. Tapi sedap lembab2 . Jangan terlalu likat dan kering sangat.
4. Masukkan kentang dan carrot, rasakan garam dan lada sulah. Kalau suka pedas, tambah lagi lada sulah.
5. Angkat dan sejukkan.
6. Kulit puff dipotong mengikut citarasa.
7. Dah potong, masuk inti, tutup dan sapukan dgn kuning telur. Tabur dgn serbuk lada sulah / lada hitam. Bakar hingga garing dan kuning keemasan.
8. Sedap dimakan panas2.










Sabtu, 20 April 2013

Crepe Gulungan Pulut Serunding








Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam berhujung minggu. Pergi mana hari ini?. Biasanya....hujung minggu dapat banyak undangan. Undangan kenduri kawin, undangan Yassin dsbnya, ye tak?. Kalau ada masa, pergilah...nanti tiba giliran kita, orang datang ke rumah kita pulak!!!!.. Sebelum saya ke mana2, sempat membuat crepe ni. Crepe citarasa tekak melayu gitu!!!!!. Kebetulan ada beras pulut dan lebihan serunding. Tetiba je teringat nak buat crepe ni. Suami kata sedap....sebab dia memang suka makan pulut. Kalau saya buat crepe yang berkrim mcm crepe durian dan sewaktu dgnnya....dia tak suka. Saya try letak pulut, eemmm.....berselera dia makan. Jom kita intai......





CREPE GULUNGAN PULUT SERUNDING

Bahan Crepe
Sumber : Azlita masam manis
Olahan : UDA


140gm tepung kek ~ saya guna tepung gandum
20gm tepung jagung
80gm gula castor
30gm butter dicairkan
500ml susu segar
4biji kuning telur ~ saya guna 2 biji telur
1st esen vanilla ~ tak letak
1/4st garam
sedikit lada sulah Ajishio ~ saya tambah
pewarna kuning ~ saya tambah


Caranya:
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, gula, susu segar dan garam. Kacau sebati, kemudian blender halus.
2. Satukan telur dan butter cair, kemudian pukul ringan sebentar. 
3. Tuangkan adunan tepung dalam adunan telur kemudian tapis.
4. Tambah lada sulah dan pewarna, kacau sebati.
5. Tutup dgn plastik, simpan dlm peti ais selama 30 minit.
6. Panaskan kuali leper, mula mendadar sehingga  permukaan crepe kering. Angkat dan ketepikan.
7. Letak kepingan pulut serunding yang telah dipotong, gulung kemas. Buat hingga habis.




Bahan pulut serunding:
2 cawan beras pulut ~ rendam dan toskan
santan secukupnya
garam secukupnya
serunding udang kering secukupnya ~ serunding apa2 pun boleh

Caranya:
1. Panaskan kukusan. Dalam loyang, masukkan beras pulut, santan dan garam. Kukus hingga masak.
2. Dah masak, pulut di bahagikan 2 bahagian.
3. Dalam loyang lain, alas dgn plastik dan sapukan sedikit minyak. Ambil sebahagian pulut, tekankan hingga padat. Taburkan serunding, tekankan atas pulut tadi hingga rata dan padat.
4. Ambil sebahagian lagi pulut, letakkan atas serunding tadi, tekankan hingga rata dan padat.
5. Kukus semula sebentar, keluarkan dan tekankan lagi supaya lapisan serunding dgn pulut betul2 melekat.
6. Ketepikan pulut hingga betul2 sejuk. Potong beberapa bahagian ikut citarasa masing2 dan gulung dalam crepe.


Khamis, 18 April 2013

Tiramisu








Assalamualaikum, salam bahagia dan ceria2 selalu. Sekejap je rasanya dah penghujung minggu. Cepat betul masa dan hari berlalu. Tak lama lagi hari mengundi!!!!. Kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi....jom sama2 kita mengundi nanti. Semuga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Tak mo gado2 ok?.

Dah lama tak buat tiramisu, tetiba 2 hari lepas anak suruh buat. Pagi2 dah mengayuh sbb, balik sekolah nanti dia boleh makan. Biasanya kalau saya buat, saya guna biskut tiramisu tu, kemudian buat dalam bekas kaserol.....senang, satu bekas je. Kali ni, saya buat dalam gelas....kebetulan ada lebihan kek so, senang nak masukkan dlm gelas tu. Kalau guna biskut...sayang nak kene potong2 letak dlm gelas, baik gunakan untuk tujuan lain. Kali ini letak jem blueberry, ada masam2 sikit...taklah muak sangat!!!. Sebagai hiasannya, saya tabur coklat rice dan letak buah strawberry.....buah berry tak de!!!!. Jom kita intai resepi tiramisu yang very simple ni.....




TIRAMISU


Bahan A :
kek span secukupnya ~ sebarang perasa
jem blueberry secukupnya ~ masuk dlm piping beg
coklat rise secukupnya ~ untuk tabur diatas
buah strawberry secukupnya 
1cawan air panas}
1/2st nescafe      } dibancuh

Bahan B:
250gm cream cheese
1/4 cawan gula castor
350gm whipping cream


Caranya:
1. Kita sediakan bahan B dulu. Putar cheese dgn gula hingga gebu dan berkrim. Masukkan whipping cream, terus putar hingga gebu. Masukkan dlm piping beg, senang nak letak dlm gelas nanti.
2. Potong kek ikut citarasa, celup dlm air nescafe, masukkan didasar gelas.
3. Paipkan dgn cream hingga rata dan ikut suka nak letak banyak mana.
3. Paipkan pula dgn jem blueberry, letak kek yang lain pula. Begitulah seterusnya hingga berapa lapis yang kita suka.
4. Last sekali, saya letak coklat rise dan buah strawberry. Sejukkan dlm peti ais.





Pulut Serunding Udang Kering

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni merajinkan diri buat serunding. Kebetulan, encik suami ada beli beras pulut 2kg. Amboi....banyaknya!!!. Sebenarnya, dia memang suka makan pulut, terutama pulut panggang. Kalau nk buat pulut panggang....malas nk membungkus....beli je senang..hahaha. Lagipun, yg makan pulut dia dan si anak...saya suka tapi tak boleh makan.....nanti angin satu badan....hehehe!!!. Biasanya....kat rumah ni, pulut makan ngan ikan goreng...Teganu style!!!. Hari ni anak nk mkn ngan serunding udang kering pulak. Jom.....






PULUT SERUNDING UDANG KERING

Bahannya:
2 cawan beras pulut ~ direndam dan ditoskan airnya
air / santan secukupnya
garam secukupnya


Bahan Inti:
1 biji kelapa parut putih
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
gula melaka secukupnya

Bahan dikisar halus:
8 tangkai cili kering ~ rendam sebentar
1 cawan udang kering / udang popeye kering
1 batang serai
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1sb ketumbar biji
1/2st jintan kasar
1/2st jintan halus

Caranya:
1. Panaskan kukusan. Dalam loyang, gaul beras pulut dgn garam dan campur air/santan secukupnya. Saya tak sukat, biasanya paras air dan beras pulut biar sama.
2. Kukus pulut hingga masak dan sejukkan sebentar. Terap guna acuan lompang.
3. Salut dgn serunding udang kering.

Cara buat inti:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan garam dan gula melaka, biar sebati sebentar.
3. Masukkan kelapa parut dan serbuk kunyit. Gaul rata dan hendaklah selalu dikacau.
4. Masak hingga kering dan ringan tapi jangan terlalu kering, biar lembab supaya pulut senang melekat. Serunding mestilah manis sedikit baru sedap!!!!
5. Lebihan serunding boleh disimpan lama untuk kegunaan lain hari. Boleh makan dgn nasi ambang atau lontong.



Rabu, 17 April 2013

Sambal Hitam Pahang


SAMBAL HITAM PAHANG
Sumber : MADIHA
Olahan : UDA

Bahannya:
1/2 cawan belimbing buluh yg direbus ~ lebih kurang 30 biji, rebus tanpa air hingga coklat/hitam
1/2 @ lebih cili padi ~ ditumbuk halus ( tapi jgn halus sangat)
2 cawan ikan bilis kopek ~ ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk (ini saya tambah)
kicap manis secukup rasa
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis.

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang hiris, goreng hingga wangi.
2. Masukkan bahan yg ditumbuk, goreng dgn api yang sederhana hingga garing dan kering. Mengelakkan dari hangus, hendaklah selalu dikacau.
3. Tambah kicap, garam dan gula, kacau lagi hingga betul2 kering seperti serunding.
4. Dah garing, tutup api, ketepikan sambal ditepi kuali supaya minyak tos.
5. Hidangkan dgn nasi panas.