Sabtu, 20 April 2013

Crepe Gulungan Pulut Serunding








Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam berhujung minggu. Pergi mana hari ini?. Biasanya....hujung minggu dapat banyak undangan. Undangan kenduri kawin, undangan Yassin dsbnya, ye tak?. Kalau ada masa, pergilah...nanti tiba giliran kita, orang datang ke rumah kita pulak!!!!.. Sebelum saya ke mana2, sempat membuat crepe ni. Crepe citarasa tekak melayu gitu!!!!!. Kebetulan ada beras pulut dan lebihan serunding. Tetiba je teringat nak buat crepe ni. Suami kata sedap....sebab dia memang suka makan pulut. Kalau saya buat crepe yang berkrim mcm crepe durian dan sewaktu dgnnya....dia tak suka. Saya try letak pulut, eemmm.....berselera dia makan. Jom kita intai......





CREPE GULUNGAN PULUT SERUNDING

Bahan Crepe
Sumber : Azlita masam manis
Olahan : UDA


140gm tepung kek ~ saya guna tepung gandum
20gm tepung jagung
80gm gula castor
30gm butter dicairkan
500ml susu segar
4biji kuning telur ~ saya guna 2 biji telur
1st esen vanilla ~ tak letak
1/4st garam
sedikit lada sulah Ajishio ~ saya tambah
pewarna kuning ~ saya tambah


Caranya:
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, gula, susu segar dan garam. Kacau sebati, kemudian blender halus.
2. Satukan telur dan butter cair, kemudian pukul ringan sebentar. 
3. Tuangkan adunan tepung dalam adunan telur kemudian tapis.
4. Tambah lada sulah dan pewarna, kacau sebati.
5. Tutup dgn plastik, simpan dlm peti ais selama 30 minit.
6. Panaskan kuali leper, mula mendadar sehingga  permukaan crepe kering. Angkat dan ketepikan.
7. Letak kepingan pulut serunding yang telah dipotong, gulung kemas. Buat hingga habis.




Bahan pulut serunding:
2 cawan beras pulut ~ rendam dan toskan
santan secukupnya
garam secukupnya
serunding udang kering secukupnya ~ serunding apa2 pun boleh

Caranya:
1. Panaskan kukusan. Dalam loyang, masukkan beras pulut, santan dan garam. Kukus hingga masak.
2. Dah masak, pulut di bahagikan 2 bahagian.
3. Dalam loyang lain, alas dgn plastik dan sapukan sedikit minyak. Ambil sebahagian pulut, tekankan hingga padat. Taburkan serunding, tekankan atas pulut tadi hingga rata dan padat.
4. Ambil sebahagian lagi pulut, letakkan atas serunding tadi, tekankan hingga rata dan padat.
5. Kukus semula sebentar, keluarkan dan tekankan lagi supaya lapisan serunding dgn pulut betul2 melekat.
6. Ketepikan pulut hingga betul2 sejuk. Potong beberapa bahagian ikut citarasa masing2 dan gulung dalam crepe.


Tiada ulasan:

Catat Komen