Ahad, 20 Oktober 2013

Kek Oren Simple......Guna Blender Je!!

 
 
Assalamualaikum....lama tak bersiaran. Kemalasan melanda.....memang tiada penawar!!!. Baru2 ni terjumpa resepi Kek Oren yang senang, mudah dan cepat. Kebetulan buah oren ada kat rumah. Yang mudah2 ni memang sesuai untuk orang yg sedang malas tapi tekak terasa nak makan kek. Memang sesuailah!!!!. Mana taknye, tak perlu guna mixer bagai, guna blender je. Buatnya dah seminggu, baru hari ni nak update....confirm angin malas dah merasuk!!!.  Jom kita intai.....
 
 
 
KEK OREN SIMPLE
Sumber : Noor Hafirdaus @ Food At Home
Olahan : UDA
 
 
Bahannya:
1 biji limau
1 cawan minyak canola ~ minyak masak biasa pun ok
1 cawan gula halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
2 sb base oren sunquick ~ ini saya memandai tambah
sedikit pewarna kuning ~ saya tambah untuk lebih berseri
 
 
Caranya:
1. Limau dibuang kulit, ambil isinya dan dipotong2.
2. Kulit limau tadi, diparut untuk ambil sedikit zest.
3. Dalam blender, masukkan limau, minyak, gula, oren sunquick dan telur. Blender hingga halus.
4. Tuang adunan dalam mangkuk, tambah tepung gandum sedikit2 dan kacau sebati. Tambah pewarna kuning dan parutan kulit limau tadi, kacau sebati.
5. Tuang adunan dalam acuan pilihan yg telah siap digris dan letak baking paper.
6. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.
 
 
 
                                    inilah hasilnya kalau dipotong semasa panas2!!! x sabar nak ngap!.
 

Selasa, 8 Oktober 2013

Spageti Goreng Seafood

 
 
SPAGETI GORENG SEAFOOD
 
Bahannya:
200 gm spageti ~ direbus
2sb lada kisar
2 bj bawang putih ~ dicincang halus
2 genggam isi udang
2 genggam sotong ~ dibersihkan dan dipotong2
7 batang jejari ketam ~ dipotong2
3sb sos cili
2sb kicap manis
3sb sos tiram
sayur sawi secukupnya
taugeh secukupnya
 
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis lada dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis ~ gaul sebati.
3. Masukkan sawi dan bahan seafood ~ kacau rata.
4. Masukkan spageti dan taugeh, gaul sebati.
5. Rasanya dah ok, angkat dan sedia dihidang.
 
 

Isnin, 7 Oktober 2013

Ikan Bakar Bersambal Cencaluk

 
 
IKAN BAKAR BERSAMBAL CENCALUK
 
Bahannya:
1 ekor ikan merah ~ apa2 jenis ikan yg sedap dibakar
daun pisang secukupnya
margerin secukupnya
3 sb cencaluk
1sb sos cili
sedikit air limau/air asam jawa
 
Bahan dimesin:
5 tangkai lada merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
 
Bahan dihiris:
5 tangkai cili padi
1/2 biji bawang holland
1 biji tomato
 
Caranya:
1. Ikan dibersihkan dan dibelah supaya melebar tetapi jgn sampai putus. Ketepikan.
2. Panaskan margerin, tumis bahan yg dimesin hingga garing.
3. Masukkan cencaluk, sos cili , gula , air limau dan bahan yg dihiris. Gaul sebati dan biar hingga pekat sedikit. Tutup api, ketepikan.
4. Ambil daun pisang, oles dgn margerin, letakkan ikan dan terus bakar. Saya bakar dalam kuali non stick kemudian tutup kuali tu supaya ikan masak rata. Bila bahagian bawah dah garing, terbalikkan atas daun pisang lain. Sapu permukaan ikan tu dgn margerin, letakkan sambal cencaluk, tutup dan bakar sekejap lagi supaya sambal meresap.
5. Dah masak, angkat dan letak atas pinggan. Sedap dimakan panas2.

 
 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Pulut vs Serawa Durian

 
 
PULUT VS SERAWA DURIAN
 
Bahan pulut:
2 cawan beras pulut ~ direndam
1 cawan santan cair
garam secukupnya
 
Caranya:
1. Toskan beras pulut, bersihkan dan gaulkan dgn santan dan garam.
2. Masukkan dalam loyang, kukus hingga masak.
 
Bahan serawa:
7 ulas isi durian
100gm gula Melaka ~ diracik halus
1/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
100 gm santan pekat ~ saya guna santan kotak
sedikit garam
 
Caranya:
1. Gula Melaka, gula pasir dan air, dimasak hingga gula hancur.
2. Tapis dan masuk semula dalam periuk.
3. Campurkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih. Hendaklah selalu dikacau supaya tak pecah santan.
4. Rasakan manisnya, kalau dah ok, tutup api. Kalau kurang, tambah sikit lagi.
5. Pastikan serawa tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

 
 

Rabu, 2 Oktober 2013

Keria Kentang


KERIA KENTANG

Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder ~ x letak pun boleh
sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
3. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air

Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.

Kerang Hitam Manis

 
 
KERANG HITAM MANIS
 
Bahannya:
kerang secukupnya ~ direbus dan diambil isinya
sos tiram
sos cili
kicap manis
sedikit minyak untuk menumis
 
Bahan tumis:
bawang putih dan halia ~ dicincang halus
 
Bahan dihiris:
bawang Holland
cili padi
lada merah
 
Caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Biar hingga Wangi.
2. Masukkan bawang hiris, sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul sebati.
3. Masukkan isi kerang, gaul sekejap terus tutup api. Jgn lama2, nanti liat.
4. Sedia untuk dihidangkan.

 
 

Kuih Keria Keledek

 
 
KERIA KELEDEK
 
Bahannya:
 
250gm keledek ~ direbus hingga empuk
1/2 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder ~ x letak pun ok
sedikit garam
 
 
Caranya:
1. Keledek yang dah empuk + garam, dilecek halus ketika panas2. Ketepikan sehingga suam.
2. Campurkan tepung gandum dan baking powder kedalam keledek, gaul rata dan sebati.
3. Ambil sedikit adunan, bentukkan seperti donat, buat hingga habis.
4. Goreng kuih hingga keperangan, angkat dan toskan minyak.
 
 
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
sedikit air
 
Caranya:
1. Masak gula + air, hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria, gaul rata dan tutup api. Teruskan gaul kuih tu hingga gula mengeras.