Assalamualaikum....lama tak bersiaran. Kemalasan melanda.....memang tiada penawar!!!. Baru2 ni terjumpa resepi Kek Oren yang senang, mudah dan cepat. Kebetulan buah oren ada kat rumah. Yang mudah2 ni memang sesuai untuk orang yg sedang malas tapi tekak terasa nak makan kek. Memang sesuailah!!!!. Mana taknye, tak perlu guna mixer bagai, guna blender je. Buatnya dah seminggu, baru hari ni nak update....confirm angin malas dah merasuk!!!. Jom kita intai.....
KEK OREN SIMPLE
Sumber : Noor Hafirdaus @ Food At Home
Olahan : UDA
Bahannya:
1 biji limau
1 cawan minyak canola ~ minyak masak biasa pun ok
1 cawan gula halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
2 sb base oren sunquick ~ ini saya memandai tambah
sedikit pewarna kuning ~ saya tambah untuk lebih berseri
Caranya:
1. Limau dibuang kulit, ambil isinya dan dipotong2.
2. Kulit limau tadi, diparut untuk ambil sedikit zest.
3. Dalam blender, masukkan limau, minyak, gula, oren sunquick dan telur. Blender hingga halus.
4. Tuang adunan dalam mangkuk, tambah tepung gandum sedikit2 dan kacau sebati. Tambah pewarna kuning dan parutan kulit limau tadi, kacau sebati.
5. Tuang adunan dalam acuan pilihan yg telah siap digris dan letak baking paper.
6. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.
inilah hasilnya kalau dipotong semasa panas2!!! x sabar nak ngap!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan