Isnin, 8 April 2013

Sardin Roll




SARDIN ROLL
Sumber : Citarasawan


Bahan pastry:
300gm tepung gandum
120gm margerin sejuk
1/2st garam
3sb air ais ~ air dari peti sejuk


Bahan inti:
1 tin sardin
1/2 biji lada merah ~ dicincang
1/2 bj bawang besar ~ didadu kecil
1st jus limau
1/2st garam
lada sulah secukupnya
** asingkan sardin dgn sos. Lecek halus dan gaulkan dgn bahan yg lain. Ketepikan.


Cara membuat doh pastry:
1. Tepung bersama butter digaul dan diramas sehingga menjadi serbuk roti.
2. Campurkan garam dan air sejuk, uli hingga menjadi doh.
3. Canai pastry lebih kurang 3mm tebal dan potong persegi 4x4in. 
4. Isikan inti sardin, sapu tepi pastry dgn putih telur kemudian gulung dgn kemas.
5. Kelar atau cucuk dgn garpu, griskan dengan kuning telur.
6. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit, keluarkan semula, sapu lagi dgn kuning telur supaya terang. Bakar lagi pada suhu 130C selama 15 minit atau hingga masak .(ikut hati masing2 nak garing cam mana).




3 ulasan:

  1. Assalamualaikum...sedappppnya..saya juga ada simpan resipi ni dari blog kakwan..tapi sampai sekarang pun tak terbuat2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam......saya pun copy dah lama, tetiba teringat...terus buat!!!!

      Padam