Isnin, 11 Mac 2013

Gado Gado





Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah beberapa hari nak makan gado gado tapi tak berkesempatan membuatnya. Hari ni dapat juga memakannya sebab dah lama tak buat. Kuah gado gado ni, macam2 cara dan macam2 resepi . Tak kisahlah tu, janji sedap....!!!!. Cara saya simple je. Jom intai....


GADO GADO

Bahannya:
2 cawan kacang tanah ~ digoreng
1 batang serai ~ dititik
gula melaka/ gula pasir secukupnya.~ guna dua2 pun boleh
3sb sos cili (guna air asam jawa pun boleh)
1/2 cawan santan ~ sederhana pekat
garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan yang dimesin:
segenggam lada kering ~ yg direndam
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 biji buah keras   
sedikit belacan


Bahan2 lain:
ketupat adabi secukupnya ~ direbus dan dipotong2
kangkung  ~ dicelur
kacang panjang ~ dicelur
taugeh  ~ dicelur
telur ayam ~ direbus dan dibelah
timun secukupnya ~ dihiris memanjang
tauhu ~ digoreng dan dipotong2
tempe ~ digoreng dan dipotong2


Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan tumis bahan yang dimesin hingga garing.
2. Masukkan gula dan garam. Blender kacang tanah bersama air secukupnya, jangan halus sangat. Masuk dalam periuk. Tambah air secukupnya. 
3. Masukkan sos cili dan biarkan mendidih.
4. Masukkan santan dan rasakan masin manis dan masam. Kuah gado2 ni sedap manis. Kecilkan api, biar pekat sedikit hingga naik minyak, tutup api.
5. Sedia dimakan dengan menjiruskan kuah keatas bahan bahan sampingan .



Tiada ulasan:

Catat Komen