Selasa, 5 Mac 2013

Kek Mandarin Solo

Assalamualaikum, salam sejahtera dan semuga berbahagia selalu. Walaupun dalam beberapa minggu ni kita dikejutkan dengan tragedi pencerobohan, kita sama2 berdoa semuga keadaan menjadi stabil semula. Kepada wira2 yang terkorban, jasa mereka tetap akan dikenang dan akan menjadi sejarah dalam menegakkan kedaulatan negara tercinta...Malaysia.
Seperti biasa, mencuri masa untuk mencuba resepi2 yang menarik sambil memasang telinga untuk mendengar berita.....perkembangan terkini di Lahad Datu. Kali ini saya mencuba Kek Mandarin Solo. Ada yang kata Kek Mandarin, Roti Mandarin dan ada juga yang  kata Kek Lapis Surabaya. Kalau tengok kat blog....nama kek sama tapi berlainan resepi. Saya ambil salah satu darinya dan saya olah ikut kesesuaian. Agaknya tak fokus bila membuatnya.....konon nak buat setengah adunan teradun satu adunan. Eemmm....jadilah kek yang besar dan tinggi. Terpaksa guna loyang 10x10in. Lain kali kalau nak buat satu adunan....guna loyang yang lebih besar sikit supaya taklah tinggi sangat. Peringatan untuk saya!!!!. Tapi berbaloi juga sebab,.kek ni lembut dan gebu....memang sedap. Sesapa yang nak mencuba, boleh buat setengah adunan daripada resepi dibawah ni.






KEK MANDARIN SOLO
Sumber : Cara-membuat.net
Olahan : UDA


Bahannya:
500ml putih telur
6 biji telur ayam
290gm gula castor
300gm tepung gandum ~ diayak
50gm susu serbuk ~ diayak
25gm tepung jagung
1st baking powder ~ diayak
30gm ovalete
300gm butter ~ cairkan
1st esen vanilla
coklat emulco secukupnya
pewarna kuning
jem strawbery secukupnya


Caranya:
1. Pukul putih telur, telur, ovalete dan gula selama 2 minit.
2. Masukkan bahan yang diayak, pukul lagi hingga kembang, gebu dan pekat.
3. Masukkan butter cair, adun rata menggunakan spatula.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bhg campurkan coklat emulco, 2 bhg warnakan kuning.
5. Gunakan loyang sesuai ~ kalau nak ketinggian seperti gambar diatas, guna loyang 10x10x2in yang digris dgn margerin. Bakar adunan satu persatu selama 20 - 25 minit atau hingga kek masak pada suhu 180C.
6. Sejukkan kesemua kek. Bila dah sejuk, ambil kek warna kuning, sapu jem, letak kek warna coklat diatasnya dan sapukan jem, letak lagi satu warna kuning. 
7. Biarkan seketika, baru potong ikut citarasa.



SELAMAT MENCUBA





Tiada ulasan:

Catat Komen