Jumaat, 15 Mac 2013

Ikan Senangin Masak Steam....kuah merahlah pulak!!!!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa menu tengahari tadi?. Saya masak yang ringkas2 je....yang boleh lauk disatukan sekali dengan sayur. Senang keje!!!. Kalau ada ikan senangin, biasanya saya masak steam atau lemak kuning. Masakan kegemaran anak kalau macam tu. Biasanya kalau steam, kuah dia biasa je, tapi hari ni saya buat merah sikit. Dah ala ala asam rebus pun ada!!!!. Kalau masak asam rebus, tak laku dalam rumah ni, saya sorang je yang suka. Ini kira taktiklah tu...hahaha!!!!. Jom kita intai...





IKAN SENANGIN MASAK STEAM

Bahannya:
2 ekor ikan senangin sederhana besar ~ dicuci bersih
2 batang serai ~ dititik
1/2 biji bawang holland ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibelah
4 helai daun limau purut ~ disiat
sedikit halia ~ dihiris
sedikit daun sup ~ dihiris
sedikit lengkuas ~ dititik
2 biji cili padi ~ diketuk (nak pedas, letak lebih)
brokoli secukupnya ~ dipotong2
sedikit lobak merah ~ dihiris
2 biji lada merah ~ dimesin halus
air secukupnya
air limau secukupnya
garam dan gula secukupnya

Caranya:
1. Ikan yang telah dibersihkan, letak dalam bekas tahan panas. Masuk dan tabur semua bahan.
2. Kukus hingga masak
3. Sedap dimakan dengan nasi panas.



Tiada ulasan:

Catat Komen