Selasa, 26 Mac 2013

Kek Kukus Pandan Keju Coklat





Assalamualaikum, salam sejahtera, semuga ceria selalu. Sebenarnya kek ni saya buat sebelum pergi bercuti hari tu. Terlupa nak masukkan kat sini. Sesapa yang sukakan kek beraroma pandan, boleh cuba. Senang dan sedap. Resepi ni hasil google kat blog seberang, dah lama dalam simpanan tapi terlupa siapa yang empunya resepi ni. Maaf ye.....tak salah kalau kita kongsi sama2. Macam biasa, saya olah ikut citarasa kami sekeluarga. Jom kita intai.....!!!!!




KEK KUKUS PANDAN KEJU COKLAT
Resepi olahan : UDA


Bahan kek:
120gm tepung gandum
120gm gula castor
6 biji telur gred A
20gm tepung jagung
50ml santan kotak
60gm butter cair
1sb pandan emulco
pewarna hijau

Caranya:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang 9x9in, alaskan dgn baking paper dan digris dgn butter.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Adun rata.
4. Masukkan santan, butter dan pandan emulco. Kacau rata dan jika perlu, tambah pewarna hijau.
5. Tuang adunan dalam loyang, tutup dgn kertas aluminium yg telah digris butter. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan sejukkan.
7. Kek dipotong kpd 2 bahagian. Sapukan dgn buttercream, tabur keju parut dan parutan coklat. Letakkan satu lagi kek diatasnya, deco ikut citarasa.






Bahan topping :

Buttercream 
coklat yang diparut secukupnya
parutan keju secukupnya



Buttercream:

60gm butter
100gm creamwell
4sb susu pekat manis
2sb shortening
vanilla

Caranya:
Satukan semua bahan, pukul hingga sebati dan berkrim.







Tiada ulasan:

Catat Komen