Jumaat, 1 Mac 2013

Bawal Masak Kuali




Assalamualaikum, salam bahagia dan salam ceria. Masak apa hari ini?. Kekadang....yang simple itulah yang sedap. Kalau saya, setakat sambal belacan dan ikan masin saje....laju je manambah nasi!!!!. Kalau ada asam rebus, lagi laju!. Tapi itulah....lauk macam tu, saya sorang je yang minat. Hari ni ada permintaan suruh masak ikan bawal. Saya biasa masak macam ni, yang bersambal tapi tak tahulah pulak ianya ada nama....Masak Kuali. Kekadang saya guna lada merah , kekadang guna lada kering. Tapi kali ni saya try letak halba sedikit. Saya tengok, kat blok Azlita masam manis ada letak. Apa rasanya...mesti sedap agaknya. Jom kita intai......


BAWAL MASAK KUALI

Bahannya:
2 ekor ikan bawal yang sedang ( digoreng dengan sedikit garam dan kunyit)
sedikit halba
1 batang serai ~ dititik
sedikit santan
sedikit air limau/ air asam jawa
sedikit bawang holland ~ dipotong
1 biji tomato ~ dibelah 6

Bahan dimesin halus:
10 tangkai lada kering yang telah direbus
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
sedikit kunyit basah
sedikit belacan


Caranya:
1. Panaskan kuali, masuk serai dan bahan tumis. Goreng hingga garing.
2. Masukkan halba, garam , gula dan air limau. Kacau sebati.
3. Masukkan santan, bawang dan tomato. Biar hingga mendidih, tutup api.
4. Jiruskan atas ikan.



Tiada ulasan:

Catat Komen