Khamis, 28 Mac 2013

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Assalamualaikum dan salam bahagia. Cuti sekolah macam ni, tentu kawan2 semua sibuk, makin macam lipas kudung dibuatnya. Tapi bila berkumpul semuanya, tentu seronok, macam2 karenah dan macam2 perangai. Itu yang ramai....yang ada sorang ni pun, kekadang macam sepuluh orang....hahaha!!!!!.

Kek ni dah lama teringin nak buat dan nak merasa tapi lom ada keberanian nak mencuba. Tetiba je malam tadi mood berani tu ada. So, ini projek 2 beranaklah ni!!!!. Si anak yang bukan main lagi nak letak coklat atas kek ni. Dia sendiri yang double boiler coklat tu, siram dan tabur coklat springkle. Emmmm......sukahatilah, janji sedap!!!!. Tapi, kalau coklat je, tak campur lain, bila sejuk, keraslah sikit coklat tu. Dia kata tak pe!!!!. Alhamdulillah, akhirnya....jadi juga kek yang sedap dan teramatlah gebunya.  Si suami yang tak berapa suka makan kek yg ada cheese pun boleh kata sedap, siap bawak gi keje lagi. Jom kita intai resepi yang saya olah sedikit.....




COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : alma@myresepi.com
Olahan : UDA

Bahan A :
250gm cream cheese
50gm butter
100ml susu segar

Bahan B:
60gm tepung kek (saya guna tepung gandum dan diayak 3x)
20gm tepung jagung ~ diayak


Bahan C:
6 biji telur kuning
1sb jus lemon (saya guna jus sunquick)
1/2st garam
+++ dipukul lembut guna whisk


Bahan D:
140gm gula castor (saya guna 120gm)
6 biji putih telur
3/4st jus lemon (saya guna 1st jus sunquick)


Caranya:
1. Siapkan loyang bulat 8in. Bahagian dasar dan keliling sebelah dalam alas dengan  baking paper (biar separuh tinggi dari loyang supaya air tak masuk). Hanya bahagian dasar yang digris. 
2. Cairkan adunan A secara double boiler. Dah cair, sejukkan sebentar.
3. Campurkan bahan B dalam adunan A, kacau sebati menggunakan whisk.
4. Campurkan bahan C. Kacau rata. Kemudian tapiskan supaya tak bergentel. Ketepikan.
5. Untuk bahan D : pukul telur dengan jus sunquick hingga berbuih2 halus. Tambahkan gula dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak).
6. Campurkan adunan cheese dalam adunan D, kacau menggunakan senduk kayu hingga sebati.
7. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar kek secara waterbath pada suhu 160C selama 1jam atau sehingga masak. Waterbath ~ letak loyang kek dalam loyang yang lebih besar kemudian, tuang air panas hingga paras 1/2 tin. Bakar kek macam biasa.



                                 kek ni terlalu lembut dan gebu.....abaikan yang tak mulus tu hehehe!!!!!


1 ulasan:

  1. http://frupedersenshave.blogspot.com/2013/03/hvorfor-lige-en-skurvogn.html

    BalasPadam