Ahad, 19 Mei 2013

Kuih Ros....Manis vs Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini berkesempatan membuat kuih Ros @ Goyang. Kuih orang lama.....tetapi sentiasa ada peminatnya tersendiri, baik yg tua maupun yg muda. Kiranya.....ini kali ke 2 saya membuatnya sepanjang hidup saya...hehehe!!!!. Kali pertama dulu, masa baru2 kawin, buat bersama2 mak mertua. Dalam hati.....tak nak buat lagi, kene kesabaran yg tinggi baru boleh. Nak habiskan adunan satu paket tepung beras tu....boleh meroyan urat satu badan. Tetapi, baru2 ni saya terjumpa acuan kuih ros kepunyaan mak mertua tu lagi. Tetiba terdetik dihati nak cuba buat sendiri walaupun tahu ' dugaannya'. Salah satu dugaannya ialah, kalau acuan melekat. Sapa yg pernah buat dan melekat, tahulah macam mana perasaannye. Memang geram....walaupun acuan dah direndam dalam minyak panas . Tapi, bila kuih menjadi dan sedap, hilang segala rasa dan emosi tadi tu. Kali ni saya buat separuh adunan tapi....banyak juga dapat. Adunan tu saya bagi 2 , saya buat kuih ros manis dan separuh lagi saya buat rasa pedas. Nampak gayanya, yg pedas habis dulu. Memang sedap sbb seakan2 rempeyek pun ada!!. Yang manis pun sedap, bila saya letak bijan hitam, bertambah sedap dan lemak rasanya. Kiranye.....hasil kesabaran dan titik peluh berjujuran keluar hari ni, berbaloi dan kuih menjadi dgn jayanya.....hehehe!!!!. Jom kita intai.....





KUIH ROS........VERSI MANIS DAN PEDAS

Bahan adunan asas:
250gm tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan sederhana pekat ( jika pekat,  tambah lagi sikit)
1 biji telur
1 st air kapur

Caranya:
Satukan semua bahan, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah dgn bahan manis dan 1 lagi bahagian ditambah bahan rempah.




Bahan kuih Ros manis tambah:
1/4 cawan gula
Sedikit esen ros
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Bijan hitam secukupnya




Bahan rempah kuih Ros pedas:
1 st jintan kasar *
1 st jintan halus *
1 sb ketumbar *
2 bj bawang putih*
1/2 cawan ikan bilis *
4 st lada serbuk ~ ikut pedas
Sedikit gula
Garam secukup rasa
** diblender kering hingga halus


Caranya :
1. Panaskan minyak dan biarkan acuan terendam dlm minyak panas.
2. Angkat acuan dan celup dalam adunan( jgn sampai permukaan atas acuan). Masuk dlm kuali dan goyang2kan sedikit supaya adunan keluar dari acuan. Jika tak boleh keluar, ambil lidi dan tolak2kan sikit adunan tu supaya longgar dan senang keluar.
4. Goreng hingga keperangan , angkat dan toskan.



Tiada ulasan:

Catat Komen