Ahad, 19 Mei 2013

Sup Ayam Bersantan

Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari ni nk kongsi sup ayam yg simple dan sedap. Rasanya ala2 tom yam gitu!!!. Sesekali buat sup seperti ini, anak2 mesti suka. Kalau letak daun limau lg sedap tp saya dah kehabisan .....terlupa nk ngecek daun limau kat jiran sebelah. Jom kita intai.....



SUP AYAM BERSANTAN
Di Olah : UDA

Bahannya:
300gm isi ayam ~ dihiris memanjang
1 kiub pati ayam
1/4 cawan santan pekat
4 tangkai cili padi ~ ikut pedas
Sedikit lengkuas ~ dihiris
Sedikit carrot ~ dipotong serong
1 batang saleri ~ dipotong serong
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Air limau secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya



Caranya:
1. Didihkan air, masukkan lengkuas, kiub ayam, isi ayam, carrot, lada sulah. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan saleri, cili padi , santan, air limau, garam dan gula, kecilkan api dan masak hingga mendidih.
3. Sedap dimakan panas2 begitu saja ataupun makan dengan nasi.



Tiada ulasan:

Catat Komen