Ahad, 19 Mei 2013

Omelette Cheese

Omelette yang senang, cepat dan sedap dimakan begitu saja.




OMELETTE CHEESE

Bahannya:
4 bj telur
1 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
1/2 bj bawang holland ~ didadu
Isi udang secukupnya~ didadu kasar
4 btng jejari ketam ~ dipotong 4
Serbuk lada sulah secukupnya
Sos ikan / garam secukupnya

Bahan tabur:
Keju parut / slice secukupnya
Lada sulah n lada hitam secukupnya


Caranya:

1. Pukul telur hingga kembang, masukkan bahan lain dan kacau rata.
2. Gris loyang atau bekas aluminium dgn butter. Masukkan adunan, hias dgn bahan tabur.
3. Bakar dalam oven pada duhu 180C selama 40 minit atau hingga masak.
4. Sedap dimakan panas2 dgn cili sos.

Tiada ulasan:

Catat Komen