Khamis, 2 Mei 2013

Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum, salam sejahtera. Semuga kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA dan dipermudahkan dalam segala urusan.....urusan didunia dan juga 'urusan' diakhirat.
Hari ni dapur tak berasap tp oven yg berasap....hehehe!!!. Ada jemputan kenduri dirumah kak  ipar....sbb tu tak masak. Buat kuih bakar pandan je untuk buah tangan. Rasanya,.semua orang boleh buat kuih ni. Kuih lama ....sentiasa mendapat tempat disebarang majlis, enak tak terkata walaupun adunannya pelbagai cara. Hari ni saja nak try resepi dari Yati. Senang, mudah dan sedap. Jom.....



KUIH BAKAR PANDAN


Bahannya:
1 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan ~ mesin 6 helai daun pandan + 1 cwn air
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 sb margerin
3 biji telur
bijan secukupnya
pewarna hijau

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lengser acuan/loyang dgn minyak @ margerin, panaskan.
2. Satukan semua bahan kecuali bijan dan pewarna hijau.
3. Kacau hingga rata kemudian blender hingga halus.
4.Tuang dalam bekas, tambah pewarna dan kacau sebati.
5. Masuk dalam acuan yang telah dipanaskan, tabur bijan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.



Isnin, 29 April 2013

Kuih Pukis Pandan Coklat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ceria. Hari ni curi2 masa buat kuih pukis. Mesti hairan kan...napelah bentuk pukis ni cam gini. Sebenarnya...acuan yang saya beli lebih 5 tahun tu...entah ke mana menghilangnya. 'merajuk' agaknya....ye lah, belinya dah lama tapi lom sekali pun guna sebab lom pernah buat....hahaha!!!. Entah kenapa...tetiba hari ni nak try. Untuk tak menghampakan hati sendiri...gunakan ajelah acuan muffin. Eeemmm.....not bad gak (perasan sendiri). Tapi bahagian bawah tu macam kurang garing.....nak cepat tadi , adunan dah terlampau naik. Takut bantat pulak sebab....first time buat!!!. Apa2 pun memang best. Kuih pukis ni boleh buat macam2 perasa dan macam2 topping...ikut selera masing2!!!. Jom kita intai.....




KUIH PUKIS PANDAN COKLAT
Sumber : Hilal Anshori
Olahan : UDA


Bahannya:
225gm tepung gandum
125gm gula pasir
100ml santan sederhana pekat ~ panaskan suam2 kuku
50ml air pandan ~ mesin daun pandan dgn sedikit air
15gm margerin ~ dicairkan
3biji telur
1st yis segera
1st pandan emulco
sedikit garam
coklat chip secukupnya



Caranya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. 
2. Masukkan tepung, yis dan adun hingga rata diselang seli dengan santan dan air pandan . Adun hingga licin.
3. Masukkan pandan emulco, margerin cair dan garam, kacau sebati dan rehatkan selama 30 minit hingga adunan naik.
4. Acuan digris dgn margerin dan panaskan sebentar.
5. Masukkan adunan dlm acuan, saya bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10 - 15 minit.
6. Dah dlm oven selama lebih kurang 1 minit, taburkan coklat chip. Coklat chip akan tenggelam. 
7. Bakar lagi hingga 5 minit, tabur coklat chip untuk hiasan. Bakar lagi hingga masak, angkat dan keluarkan dari acuan.


Homemade Swedish Meatball


Assalamualaikum, selamat tengahari dan salam bahagia. Masak apa hari ni?. Kalau keluarga besar, masak apa pun, bila makan ramai2...tentu seronok kan?. Lebih2 lagi kalau makan berebut2....kejap je dah licin!!!. Kalau yang tak ramai macam saya ni.....kalau nak masak, kena tanya, nak makan apa hari ini. Kalau main masak je.....kekadang lauk pauk saya tu 'tidur' terus. Untuk elak dari membazir dan nak puaskan hati seisi keluarga.....hari2 mesti tanya!. Hari ni anak nak makan meatball ala ala ikea. Senang je.....jalan2 ngan Mr Google, jumpa banyak resepi ni. Macam2 cara.....saya cedok sana sikit sini sikit dan terhasillah Swedish Meatballs yg sedap ni. Sepatutnye, bila nk makan kene hidangkan ngan jem...apa2lah, strawberry ke blueberry ke. Tapi saya tak nak......makan ngan brokoli n carrot lg sedap....hehehe!!!!!. Jom kita layan..... 



HOMEMADE SWEDISH MEATBALL


Bahannya:
meatball secukupnya ~ digoreng tanpa minyak @ dgn sedikit je minyak hingga nampak garing
brokoli secukupnya ~ direbus
carrot secukupnya ~ direbus
kentang secukupnya ~ digoreng garing

Bahan sos:
1/2 bj bawang holland ~ didadu
1 biji tomato ~ dipotong kecil
1sb tepung gandum
2sb margerin
1/2 cwn susu segar
1 1/4 cwn air
2sb sos tiram
1sb serbuk lada hitam 
kicap manis secukupnya
garam dan gula secukupnya




Caranya:

1. Panaskan butter, tumis bawang holland. Dah layu, masukkan tomato, goreng sebentar.
2. Masukkan tepung gandum sambil dikacau terus supaya tak bergentel. 
3. Tambah air, susu, sos tiram, lada hitam dan kicap. Jika suka warna kehitaman, kicap boleh letak lebih.
4. Bila dah mendidih, rasakan garam dan gula. Kalau dah ok....tutup api dan angkat.
5. Masuk sos dalam blender dan mesin hingga halus.
6. Masak semula sos tadi dgn api yg sederhana hingga pekat.
7. Jirus sos atas meatball dan hidangkan dgn bahan sampingan yang lain.

Ahad, 28 April 2013

Mee Goreng Basah



MEE GORENG BASAH

Bahannya:
250gm mee kuning
1 biji bawang putih ~ cincang halus
sedikit lada yg dah diblender
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
sedikit sos ikan 
sedikit sawi ~ dipotong2
sedikit taugeh
sekeping tahu ~ dipotong dan digoreng
sedikit udang basah ~ dibuang kulit
sedikit air

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, biar hingga wangi. Kemudian masukkan lada, goreng hingga garing. 
2. Masukkan air, sos tiram, sos cili, sos ikan dan biar mendidih.
3. Masukkan udang, tauhu dan sawi. Gaul rata dan masukkan mee.
4. Gaul rata kesemuanya, jika kurang rasa, boleh tambah lagi sos yang ada. Last sekali masukkan taugeh.  Gaul sekejap,  tutup api.
5. Sedap dimakan panas2 dengan lada jeruk.


Ikan Merah Kukus Sos Tiram

IKAN MERAH KUKUS SOS TIRAM



Bahannya:

1ekor ikan merah sederhana besar ~ dibersihkan dan dikelar
2sb sos tiram
Lada sulah secukupnya
Air limau secukupnya
Sedikit minyak bijan
Sedikit halia ~ dihiris halus
1/2bj bawang holland ~ dihiris
daun limau purut ~dihiris
Carrot ~ dihiris
Cili padi ~ dihiris kasar
Daun sup ~ dipotong2
Brokoli ~ dipotong
Garam dan gula secukupnya

Caranya:
1. Ikan digaul rata dgn sos tiram, minyak bijan, lada sulah, air limau, garam dan gula. Kemudian perap sebentar.
2. Dalam bekas yg sesuai, masukkan ikan tadi. Tabur diatas ikan dgn bahan2 lain.
3. Kukus hingga masak, rasakan garam dan angkat.
4. Sedap dimakan panas2.


Dah lama tak meroti.....

Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah beberapa hari tak berblog.....busy dan mood malas melanda!!!!. Kalau dah malas....tak boleh nak cakap apalah!!!. Saya buat roti ni pun beberapa hari yg lepas.....nak menaip tu yg malas. Bila mood membaking datang.....mood menaip pulak malas!. Bertangguhlah jadinya!!!.
Sebenarnya.....resepi roti ni saya dah pernah letak dlm blog sebelum ni. Tapi kali ini saya masukkan lagi. Resepi ni dari kawan FB....Liza Othman. Sesiapa yg teringin nak cuba 'meroti'.....resepi ni tak menghampakan. Bila dah pandai meroti.....satu adunan kita boleh pelbagaikan rasa dan bentuk. Pendek kata, satu adunan....macam macam ada!!!!!.
Jom kita layan......







ROTI MANIS ORIGINAL
Sumber : Liza Othman

Bahannya:
400gm tepung roti
100gm tepung gandum
100gm gula castor
40gm susu tepung
1st bread improver
11gm yis
265gm air sejuk + 1bj telur
80gm butter
1st bread softner

Bahan sapuan:
1 bj kuning telur + sedikit susu cair

Caranya:
1. Campur semua bahan kering dan bahan cecair. Uli hingga sebati. Saya guna mixer je.
2. Kemudian masukkan butter dan uli hingga licin.
3. Perap selama 30 minit.
4. Buangkan angin, ambil adunan dan letak inti pilihan jika suka atau bentukkan ikut citarasa. Perapkan hingga naik 2x ganda.
5. Sebelum bakar, sapukan atas roti dgn bahan sapuan. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 25 minit atau hingga masak.
6. Bila keluarkan dari oven, terus sapukan butter....supaya nampak berkilat.



yg ni....Roti Cheesestick. Ambil sedikit adunan, gentel memanjang, letak dalam loyang. Biar hingga naik. Dah naik, spray dgn air, parutkan keju dan taburkan gula....terus bakar.



Roti sosej.....rebus dulu sosej tu. Ambil adunan, gentel memanjang, lilit kat sosej. Dah naik, sapu dgn bahan sapuan, bakar.



Roti Coklat Oreo......ambil separuh dpd satu adunan yg baru siap diuli, tambah 2sb serbuk koko, uli rata, biarkan naik selama 30 minit. Dah naik, tabur serbuk biskut oreo ....kuantiti ikut selera, lagi banyak, lagi sedap. Uli hingga rata. Ambil sedikit adunan anggaran 30gram, bulat2kan, letak dlm loyang yg telah digris, buat hingga 9 biji. Biar naik 2 x ganda, sapu bahan sapuan, tabur bijan jika suka, terus bakar hingga masak.



Roti inti kelapa......ambil adunan, masukkan inti kelapa, bulat2kan bagi licin, letak dalam loyang. Biar naik 2 x ganda. Sapu bahan sapuan, tabur kelapa kering atau bijan, terus bakar hingga masak.

Selasa, 23 April 2013

Donut Ball Oreo



Assalamualaikum dan salam bahagia. Eemmm......tetiba je lepas maghrib anak suruh buat donut. Kalau ikutkan kepala tengah berat ni, malas tapi kesian pula sebab dia memang tak berapa makan nasi. Dah anak kita,,,,layankan jugalah!!!!!. Tapi awal2 saya bagitahu....no topping coklat bagai, ibu buat simple je!!!.Biasanya, kalau buat donat, mesti nak topping coklat....peminat tegar coklat!!!. Kali ni, letakkan serbuk oreo dan bulat2kan je. Alhamdulillah......puas dia makan.




DONUT BALL OREO

Bahannya:
250gm tepung gandum
50gm gula castor
1/4 cawan susu cair
2sb air suam
1/2sb susu serbuk
1 biji telur
2st yis mauripan
1st bread improver
1st baking powder
2sb margerin
serbuk oreo secukupnya
minyak untuk menggoreng
gula  halus secukupnya


Caranya:
1. Bancuh yis dgn air suam hingga berbuih. 
2. Masukkan telur, margerin, gula dan pukul sebati (saya guna mixer).
3. Masukkan tepung gandum, susu serbuk, bread improver, baking powder, gaul sebati sambil masukkan susu cair sikit2. Tak perlu habiskan susu jika adunan dah cukup lembut. Pukul hingga adunan licin.
4. Oleh kerana saya bulat2kan adunan guna tangan je, adunan saya lembutkan sikit. Jika guna penerap donut, adunan mestilah licin dan pejal.
5. Tutup adunan dengan towel hingga naik 2x ganda.
6. Dah naik, buangkan angin, ambil sedikit adunan, masukkan serbuk oreo, bulat2kan dengan kemas dan licin. Buat hingga habis, tunggu bebola naik baru goreng hingga keemasan.
7. Salut dgn gula halus.