Khamis, 28 Februari 2013

Japanese Crispy Cream Puff

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Semuga hari2 yang kita lalui, dipermudahkan segala urusan. Hari semalam pagi2 dah ngadap cream puff . Permintaan anak, balik dari sekolah mesti ibu dah buat!!!. Hari tu dah buat...lom sempat nak ambik gambar dah habis!!!. Sebab dah lama tak buat....tu yg tak cukup..hehehe!!!. Nasib baik cream kastard ada baki, tinggal adun pastry puff je. Apa2 pun....memang akui...Japanese crispy cream puff ni memang best, rangup dan memang tak jemu memakannya. Buatnya tak susah cuma kene rajin baru jadi...hehehe!!!. Jom kita intai resepinya....





JAPANESE CRISPY CREAM PUFF
Sumber : Azlita masam manis


KRIM KASTARD

Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum ~ 85gm (diayak)
1 1/2 sb tepung kastard
1/2 cawan + 2 sb gula
4 biji kuning telur
3 cawan susu cair / segar
30 gm butter
1 st vanilla
secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya (tak letak pun tak pe)

Caranya:
1. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas.
2. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu , kacau sebati.
3. Masukkan baki susu, garam dan vanilla, kacau rata.
4. Panaskan atas dapur dgn api yang sederhana hingga pekat. Sentiasa dikacau supaya tidak berkerak. Bila dah letup2, tutup api.
5. Tambah butter, kacau hingga licin dan berkilat. Simpan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk.
6. Adunan kastard ini boleh digunakan untuk 2 adunan pastry puff. Setelah digunakan, yang lebih boleh disimpan untuk kegunaan hari lain.
7. Krim Kastard ni boleh terus digunakan atau pun boleh juga dicampurkan dengan Non Dairy Whipping Cream. Caranya: 1 cawan cream dipukul hingga kental. Kemudian dicampurkan dalam krim kastard. Jika ianya berketul2, haluskan guna mixer sekejap.


PAI SHUU CRUST

Bahannya:
50gm butter
1/3 cawan gula icing
1/3 cawan tepung naik sendiri @ tepung gandum + 1/2st baking powder

Caranya:
1. Cairkan butter.
2. Dalam bekas, satukan tepung dan gula icing yang telah diayak.
3. Tuang butter dalam adunan tepung, segera kacau dengan garpu hingga sebati dan jadi doh yang lembut.
4. Tutup dengan plastik supaya tak kering. Ketepikan.



PUFF PASTRY

Bahannya:
120gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170gm (diayak)
5 biji telur (dipukul rata)
1/4st garam
1st gula 

Caranya:
1. Dalam periuk, satukan butter, garam, gula dan air. Panaskan hingga mendidih, tutup api.
2. Dengan segera tuang tepung, kacau guna senduk kayu hingga menjadi doh yang lembut.
3. Panaskan semula dengan api yang kecil, kacau lagi hingga terbentuk kepingan nipis.
4. Tutup api, masukkan telur sikit2, kacau terus adunan hingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
5. Masukkan dalam piping bag dan guna nozel pilihan.
6. 15 minit sebelum dibakar, panaskan oven dulu. 
7. Loyang alas dengan baking paper. Paipkan adunan, biar jarak sedikit sebab ia akan kembang 2 x ganda. tabur Pai Shuu Crust diatasnya. Dengan segera, masuk dalam oven, bakar selama 20 - 25 minit atau keemasan pada suhu 210C dengan api atas bawah. Kalau oven ada kipas, boleh guna.
8. Apabila dah masak, sejukkan sebentar. Paipkan Krim Kastard menggunakan piping bag. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan