Selasa, 15 April 2014

Kuih Dadar Berlauk





KUIH DADAR BERLAUK

Bahannya:
1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sb tepung jagung
150ml susu cair
100ml air
2bj telur
1sb minyak masak
1st gula
Sedikit garam
Sedikit daun sup ~ di potong halus
Pewarna kuning


Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali daun sup. Kacau hingga rata dan sebati.
2. Mesin adunan hingga halus kemudian ditapis.
3. Campurkan daun sup, kemudian simpan dlm peti ais sebentar. Lebih kurang 30 minit.
4. Bila nak mendadar, guna kuali tak melekat, kulitnya akan cantik. Dadar seperti biasa, bila bahagian atas dah kering terus angkat. Letak inti dan gulung seperti biasa.
5. Sedia untuk dinikmati!!!!!





Bahan inti:
1 cawan isi ikan dorry ~ didadu
3 btng jejati ketam ~ dipotong bulat
1/2  cawan carrot ~ dipotong halus memanjang
1/2 cawan taugeh
1/2 cawan kobis rangup ~ dihiris halus
1 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
Sedikit tepung gandum
2 sb sos cili thai ~ jika nak pedas, potong lada merah/cili padi
Lada sulah berperisa AjiShio secukupnya
Sedikit daun sup


Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Dah wangi, masukkan isi ikan dan kacau hingga masak.
2. Masukkan cili sos, lada sulah dan gaul rata.
3. Larutkan tepung gandum dgn sedikit air kemudian masukkan dalam ikan tadi, kacau sebati. Biar inti dalam keadaan lembab, jgn kering.
4. Perasakan garam dan gula tetapi kalau dah letak lada sulah berperisa dan sos cili thai, memang dah sedia ada rasa garam dan gula.
5. Masukkan jejari ketam dan bahan sayuran tadi, kacau sebentar dan terus tutup api.
6. Sejukkan dulu baru digunakan.


Tiada ulasan:

Catat Komen