Rabu, 2 April 2014

Mee Hoon Berkuah Taucho


MEE HOON BERKUAH TAUCHO

Bahan kuah:
15gm udang kering/ udang geragau kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit lada kering ~ yg telah direndam. kalau nak pedas letak lebih
sedikit belacan
3 sb taucho
air asam / air limau secukupnya *
air secukupnya *
gula dan garam *


Caranya:
1. Mesin halus semua bahan kecuali yang bertanda *. 
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg dimesin hingga garing.
3. Tambah air secukupnya ( kuah jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat).
4. Tambah air asam dan gula. Biar hingga masak dan mendidih. Tambah garam jika perlu sebab taucho dah masin!!!.


Bahan mee hoon goreng:
 200gm mee hoon ~ direndam
2 bj bawang merah ~ ditumbuk halus
1 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
2 sb lada kisar
daun kucai secukupnya
taugeh secukupnya
sedikit garam

Bahan sampingan:
telur rebus
tauhu goreng
limau sambal ~ x letak
daun sup ~ x letak
bawang goreng

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk halus dan lada kisar hingga wangi.
2. Masukkan sedikit air. Bila mendidih, masukkan mee, sedikit garam, kacau sebati dan biar hingga masak.
3. Tambah daun kucai dan taugeh, gaul rata. Tutup api.
4. Cara menghidang ~ ambil mee hoon goreng, tabur tauhu, bawang goreng, daun sup dan limau sambal. Tuang kuah dan letak telur rebus. Selamat menikmati!!!!.


Tiada ulasan:

Catat Komen