Rabu, 2 April 2014

Pulut Inti



PULUT INTI

Bahannya:
2 cawan beras pulut ~ direndam sebentar
santan secukupnya
air secukupnya
sedikit garam




Caranya:
1. Toskan beras pulut. Masukkan dlm loyang, gaul dgn santan, air dan garam hingga rata. Kukus hingga masak. Sukatan air yg telah dicampur dgn santan hendaklah sama paras dgn pulut. 
2. Bila dah masak, ambil sedikit pulut, tekan2kan dlm acuan lompang, buat lubang ditengah.
3. Isi inti secukupnya dan boleh dihidangkan.
4. Kalau rajin, bolehlah dibungkus dlm daun pisang.



Inti kelapa:
250gm kelapa parut
1 st tepung gandum
sedikit garam
1/4 cawan gula merah *
1/4 cawan gula pasir*
3/4 cawan air*
daun pandan ~ disimpul *


Caranya:
1. Masak bahan yg bertanda* hingga gula hancur. Tapiskan.
2. Dalam kuali, masukkan air gula dan masak lahi hingga mendidih.
3. Masukkan kelapa parut dan garam. Sesekali kacau hingga kering.
4. Taburkan sedikit tepung gandum, kacau lagi sehingga rata dan biarkan sebentar.
5. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.


Tiada ulasan:

Catat Komen