Rabu, 16 April 2014

Roti Sarang Lebah

 Assalamualaikum dan salam bahagia. Musim roti sarang lebah!!!!!. Ramai yang dah mencuba, saya pun teruja. Roti yg sangat sedap bila disiram dgn sos butterscotch. Sos ni rasanya seakan2 sos caramel Roti Pretzel Untie Anne .... Saya tak curah semua sos tu sbb encik husband tak suka manis sangat. Selebihnya simpan dalam bekas, boleh makan dgn roti biasa pun sedap.



ROTI SARANG LEBAH
Resepi : Lydia Honey FB
Sumber : Citarasawan
         
Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2sk yis segera
1/4st garam halus
1/2st baking powder
1sb gula halus
1/4 cwn plain yogurt ~suhu bilik
1/4 cwn minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
1/2 cwn air suam

Bahan sapuan :
1 bj kuning telur + sedikit susu sejat / cair

Bahan tabur:
Badam.hiris, kuaci dan bijan

Caranya:
1. Satukan semua bahan bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan air sikit2 dan uli hingga menjadi elastik.
2. Tutup doh dgn kain lembab dan rehatkan sehingga 2 x ganda dari saiz asal.
3. Tumbuk doh, buangkan anginnya. Bentukkan menjadi bebola kecil dan atur dlm loyang sesuai.
4. Tunggu sehingga doh naik 2 x ganda asal.
5. Sapu dgn kuning telut, tabur dgn bahan tabur dan bakar hingga masak.




SOS BUTTERSCOTCH

Bahannya:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
secubit garam
1/2st esen vanilla
25gm butter

Cara:
1. Cairkan butter. Masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan berbuih.
2. Masukkan whipping cream dan garam, kacau sehingga rata.
3. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Padamkan api, kacau hingga rata.
4. Sos nampak cair tetapi bila dah sejuk ianya agak pekat. Tuang ke atas permukaan roti.

Tiada ulasan:

Catat Komen