Ahad, 20 April 2014

Orange cheddar Cheese Cupcake



ORANGE CHEDDAR CHEESE CUPCAKE
Sumber : My Baking Workshop


Bahan A:
3 biji telur gred A
150gm gula castor

Bahan B:
1/2 sk esen vanilla

Bahan C:
150gm tepung gandum ~ diayak
3/4 sk baking powder ~ diayak

Bahan D:
150gm butter ~ dicairkan

Bahan E:
50gm parutan cheddar cheese ~ saya parut lebih untuk tabur atas kek
1 biji parutan kulit orange



Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Sediakan acuan muffin dan isikan dengan cupcake. Saya guna cupcake yg keras, susun dlm loyang je.
3. Dalam mangkuk mixer, satukan bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu pada kelajuan sederhana. Masuk bahan B dan gaul hingga rata.
4. Masuk bahan C dan kaupbalikkan hingga sebati.
5. Masukkan bahan D, gaul sebati.
6. Akhir sekali masukkan bahan E dan gaul hingga rata.
7. Tuang 3/4 penuh dalam acuan. Saya taburkan sedikit parutan keju diatasnya. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2. Dah masak, keluarkan dari acuan, biarkan sejuk.





Tiada ulasan:

Catat Komen