Selasa, 22 Oktober 2013

Kuih Belotok.......????


 Assalamualaikum dan salam bahagia. Jika ada masa dan angin rajin datang, apa salanya kita cuba try test resepi2 yg kita tak pernah dengar dan tak pernah makan pun. Macam resepi kali ini....Kuih Belotok....umur dah hampir senje, baru tahu ada kuih namanya begini. Itu yang teruja nak mencuba!!!!. Saya dapat resepi ni kat FB. Sekali baca .....bahagian kulit kuih ni macam kuih keria @ kuih cucur badak. Memang sama pun!!!!. Yang uniknya, bila nak digoreng, celupkan dengan putih telur. Tujuannya untuk apa.....tak tahulah pulak. Intinya pula....guna daging. Kalau resepi asal, tengok bahannya je dah tahu tak berapa nak pedas. Saya olah tambahkan rempah kari....ala ala inti karipap gitu!!!!!. Selain daging, nak tambah apa lagi, kentang ke, carrot ke.....boleh je. Kita sendiri yang buat dia...ye tak?. Kuih ni sedap dimakan panas2. Jom kita intai.... Resepi ni saya dah olah ikut citarasa saya ye!!!


KUIH BELOTOK
Sumber : Shahanim @ Buku Resepi
Olahan : UDA


Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya
1 biji telur (ambil putinya sahaja)

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam.
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan inti, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih, celup dalam putih telur dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
5. Sedap dimakan panas2.


Bahan inti:
250gm daging cincang ~ saya rebus dulu
1 st jintan manis ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
1 st lada hitam ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
2 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawamg merah ~ ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2sb rempah kari daging ~ kalau nak pedas lagi boleh lebihkan
sedikit daun sup ~ dipotong
garam dan gula secukupnya
** jika suka, boleh tambah lada merah yg dihiris, kentang / carrot


Caranya:
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan lada hitam, gaul sebati.
3. Masukkan daging cincang, daun sup, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga rata dan cukup rasa semuanya.
4. Padamkan api dan sejukkan inti sebelum digunakan. 

 

Isnin, 21 Oktober 2013

Puding Tembikai



PUDING TEMBIKAI
Sumber : yaties memories
Olahan : UDA

Bahannya:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2 keping roti putih
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sb butter
2 biji telur ~ saya tambah
1 st esen vanila
sedikit cincau dipotong kecil / bijan hitam
warna merah & hijau

Caranya:
1. Masak agar2 bersama gula hingga gula hancur.
2. Roti, susu cair, telur dan susu pekat di mesin hingga halus.
3. Masukkan bahan dimesin dalam periuk. Masukkan vanila dan butter. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit, tutup api.
4. Ambil loyang 7x7in, basahkan dengan sedikit air.
5. Ambil sedikit adunan, anggaran 1 - 2 cawan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai). Biar mengeras.
6. Ambil sedikit adunan ( x perlu warnakan) anggaran 3/4 cawan, curahkan atas lapisan hijau. Biar mengeras sedikit.
7. Adunan yang lebih, warnakan dengan warna merah, curahkan atas lapisan warna asal tadi. Taburkan dgn potongan cincau / bijan sebagai biji tembikai.
8. Sejukkan dalam peti ais.

Red Velvet Moist


Assalamualaikum dan salam bahagia. Entah kenapa, tetiba tekak ni nak makan kek RV....mungkin dah lama tak buat. Bila teringin.....dah siap keluar bahan bagai, tak sempat pulak. Simpan semula semua bahan tu. Tapi hari ni memang dah tak boleh tahan, nak makan gak. Kebetulan, kawan sorang tu pun tetiba sms tanya, ada buat KRV tak?. Emmm.....sama2 teringin rupanya!!!!. Inilah dia....KRV ....projek di malam hari!!!!. Kali ini, saya try resepi kek dari Azlita Masam Manis. Memang lembut!!!. Cheese frosting....tak ingat, sapa punye saya copy....halalkan ye!!!. Jom kita intai.....

RED VELVET MOIST
Sumber : Azlita
Olahan : UDA

Bahannya:
360gm tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonate *
1 st garam halus *
2 sb serbuk koko *
* diayak bersama

400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
2 bj telur A
1 cawan butter milk ~ 1 cwn susu cair + 1 sb cuka
                                                  @
                               ~ 3/4 cwn yougurt plain + 1/4 cwn susu cair
2 st esen vanilla
1 sb pewarna merah 
1 st cuka masakan
1/2 cawan air panas


CREAM CHEESE FROSTING
250gm cream cheese
30 gm butter
1 sb esen vanilla/ jus lemon ~ saya guna 1st oren sunquick
2sb susu cair
50gm gula halus
**  satukan semua bahan dan pukul hingga halus


Caranya:
1. Dalam bekas, satukan gula, minyak, telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Gaul rata dengan menggunakan whisk.
2. Tambah air panas dan cuka masakan, gaul lagi sehingga rata.
3. Tambah bahan yang diayak sikit sikit sambil digaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak. 
5. Dah masak, sejukkan kek kemudian dipotong 2 bahagian. Kalau tak nak potong, boleh bakar 2 loyang berasingan.
6. Hias dengan cream cheese dan sejukkan dalam peti ais.












 

Ahad, 20 Oktober 2013

Kek Oren Simple......Guna Blender Je!!

 
 
Assalamualaikum....lama tak bersiaran. Kemalasan melanda.....memang tiada penawar!!!. Baru2 ni terjumpa resepi Kek Oren yang senang, mudah dan cepat. Kebetulan buah oren ada kat rumah. Yang mudah2 ni memang sesuai untuk orang yg sedang malas tapi tekak terasa nak makan kek. Memang sesuailah!!!!. Mana taknye, tak perlu guna mixer bagai, guna blender je. Buatnya dah seminggu, baru hari ni nak update....confirm angin malas dah merasuk!!!.  Jom kita intai.....
 
 
 
KEK OREN SIMPLE
Sumber : Noor Hafirdaus @ Food At Home
Olahan : UDA
 
 
Bahannya:
1 biji limau
1 cawan minyak canola ~ minyak masak biasa pun ok
1 cawan gula halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
2 sb base oren sunquick ~ ini saya memandai tambah
sedikit pewarna kuning ~ saya tambah untuk lebih berseri
 
 
Caranya:
1. Limau dibuang kulit, ambil isinya dan dipotong2.
2. Kulit limau tadi, diparut untuk ambil sedikit zest.
3. Dalam blender, masukkan limau, minyak, gula, oren sunquick dan telur. Blender hingga halus.
4. Tuang adunan dalam mangkuk, tambah tepung gandum sedikit2 dan kacau sebati. Tambah pewarna kuning dan parutan kulit limau tadi, kacau sebati.
5. Tuang adunan dalam acuan pilihan yg telah siap digris dan letak baking paper.
6. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.
 
 
 
                                    inilah hasilnya kalau dipotong semasa panas2!!! x sabar nak ngap!.
 

Selasa, 8 Oktober 2013

Spageti Goreng Seafood

 
 
SPAGETI GORENG SEAFOOD
 
Bahannya:
200 gm spageti ~ direbus
2sb lada kisar
2 bj bawang putih ~ dicincang halus
2 genggam isi udang
2 genggam sotong ~ dibersihkan dan dipotong2
7 batang jejari ketam ~ dipotong2
3sb sos cili
2sb kicap manis
3sb sos tiram
sayur sawi secukupnya
taugeh secukupnya
 
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis lada dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis ~ gaul sebati.
3. Masukkan sawi dan bahan seafood ~ kacau rata.
4. Masukkan spageti dan taugeh, gaul sebati.
5. Rasanya dah ok, angkat dan sedia dihidang.
 
 

Isnin, 7 Oktober 2013

Ikan Bakar Bersambal Cencaluk

 
 
IKAN BAKAR BERSAMBAL CENCALUK
 
Bahannya:
1 ekor ikan merah ~ apa2 jenis ikan yg sedap dibakar
daun pisang secukupnya
margerin secukupnya
3 sb cencaluk
1sb sos cili
sedikit air limau/air asam jawa
 
Bahan dimesin:
5 tangkai lada merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
 
Bahan dihiris:
5 tangkai cili padi
1/2 biji bawang holland
1 biji tomato
 
Caranya:
1. Ikan dibersihkan dan dibelah supaya melebar tetapi jgn sampai putus. Ketepikan.
2. Panaskan margerin, tumis bahan yg dimesin hingga garing.
3. Masukkan cencaluk, sos cili , gula , air limau dan bahan yg dihiris. Gaul sebati dan biar hingga pekat sedikit. Tutup api, ketepikan.
4. Ambil daun pisang, oles dgn margerin, letakkan ikan dan terus bakar. Saya bakar dalam kuali non stick kemudian tutup kuali tu supaya ikan masak rata. Bila bahagian bawah dah garing, terbalikkan atas daun pisang lain. Sapu permukaan ikan tu dgn margerin, letakkan sambal cencaluk, tutup dan bakar sekejap lagi supaya sambal meresap.
5. Dah masak, angkat dan letak atas pinggan. Sedap dimakan panas2.

 
 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Pulut vs Serawa Durian

 
 
PULUT VS SERAWA DURIAN
 
Bahan pulut:
2 cawan beras pulut ~ direndam
1 cawan santan cair
garam secukupnya
 
Caranya:
1. Toskan beras pulut, bersihkan dan gaulkan dgn santan dan garam.
2. Masukkan dalam loyang, kukus hingga masak.
 
Bahan serawa:
7 ulas isi durian
100gm gula Melaka ~ diracik halus
1/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
100 gm santan pekat ~ saya guna santan kotak
sedikit garam
 
Caranya:
1. Gula Melaka, gula pasir dan air, dimasak hingga gula hancur.
2. Tapis dan masuk semula dalam periuk.
3. Campurkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih. Hendaklah selalu dikacau supaya tak pecah santan.
4. Rasakan manisnya, kalau dah ok, tutup api. Kalau kurang, tambah sikit lagi.
5. Pastikan serawa tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.