Selasa, 22 Oktober 2013

Kuih Belotok.......????


 Assalamualaikum dan salam bahagia. Jika ada masa dan angin rajin datang, apa salanya kita cuba try test resepi2 yg kita tak pernah dengar dan tak pernah makan pun. Macam resepi kali ini....Kuih Belotok....umur dah hampir senje, baru tahu ada kuih namanya begini. Itu yang teruja nak mencuba!!!!. Saya dapat resepi ni kat FB. Sekali baca .....bahagian kulit kuih ni macam kuih keria @ kuih cucur badak. Memang sama pun!!!!. Yang uniknya, bila nak digoreng, celupkan dengan putih telur. Tujuannya untuk apa.....tak tahulah pulak. Intinya pula....guna daging. Kalau resepi asal, tengok bahannya je dah tahu tak berapa nak pedas. Saya olah tambahkan rempah kari....ala ala inti karipap gitu!!!!!. Selain daging, nak tambah apa lagi, kentang ke, carrot ke.....boleh je. Kita sendiri yang buat dia...ye tak?. Kuih ni sedap dimakan panas2. Jom kita intai.... Resepi ni saya dah olah ikut citarasa saya ye!!!


KUIH BELOTOK
Sumber : Shahanim @ Buku Resepi
Olahan : UDA


Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya
1 biji telur (ambil putinya sahaja)

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam.
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan inti, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih, celup dalam putih telur dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
5. Sedap dimakan panas2.


Bahan inti:
250gm daging cincang ~ saya rebus dulu
1 st jintan manis ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
1 st lada hitam ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
2 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawamg merah ~ ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2sb rempah kari daging ~ kalau nak pedas lagi boleh lebihkan
sedikit daun sup ~ dipotong
garam dan gula secukupnya
** jika suka, boleh tambah lada merah yg dihiris, kentang / carrot


Caranya:
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan lada hitam, gaul sebati.
3. Masukkan daging cincang, daun sup, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga rata dan cukup rasa semuanya.
4. Padamkan api dan sejukkan inti sebelum digunakan. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan