Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Walau dimana pun kita berada, semuga dapat menjalankan urusan harian dengan ceria. Rasanya dah seminggu tak berblog. Saya dan keluarga jalan2 sambil cuci mata di Ho Chi Minh, Vietnam. Kami pergi sendirian berhad, tak ikut pakej. Senai - KL - HCM .Rasanya lagi enjoy dan tak terikat dengan waktu. Sebelum pergi, saya dapatkan tips di internet supaya segala urusan dan perjalanan saya dipermudahkan. Alhamdulillah, selamat sampai dan selamat kembali semula ke tanahair tercinta dengan selamat. Saya pergi selama 3 hari 2 malam.....oklah tu!!!!!. Lagi lama, nanti kering poket!!!
Saya bertolak dari Airport Senai, JB pukul 7.15am.....bila sampai je ke LCCT, terus cari sarapan. Makan yang ringan2 je sbb kami dah oder makanan dlm flight ke HCM.
Hotel, kami booking awal melalui internet. Halo Hotel.....tempat yang sesuai bagi kami yang pergi sendiri sebab, dekat dengan pasar Ben Thanh dan bersebelahan dengan restoran halal. Maknanya, tak perlu guna teksi!!!. Boleh 2, 3, kali ulang alik ke pasar pun tak pe....janji kaki tak sakit...hahaha!!!!.. Kos 2 malam hanya kira2 RM200+++ termasuk sarapan tapi.....kami tak makan pun....paham2 ajelah!!!!
Kedai makan Hj. Halim ni sebelah kiri Hotel Halo
Lagi satu Restoran Halal....betul2 depan Hotel Halo tak perlu susah2 nak cari restoran yg halal sebab ada depan mata. Jimat lagi kos teksi!!!!.
Keluar je pintu hotel....dah nampak pasar kat depan tu!!!!!
Air kelapa yang sedapp.....rugi kalau tak cuba....120,000VND sebiji
Diantara kedai2 yang ada dlm pasar Ben Thanh.
Selain di pasar, banyak juga butik2 pakaian di kawasan berhampiran.
Pasar malam ni terletak di kanan dan kiri pasar Ben Thanh. Kebanyakkannya, peniaga yang dalam pasar tu juga berniaga disini. Tapi, harga lebih murah dipasar malam.
Hari ke 2, kami ke Delta mekong. Halo Hotel ada juga buat trip ke sini...sorang hanya USD12 tapi, kami lambat booking, dah penuh. Kami guna travel agen, bersebelahan ngan hotel, sorang kene bayar USD15. Lebih kurang dalam RM50 untuk sehari....ok lah!!!!!.
Pemandu pelancung kami, MR Fu. Rombongan kami terdiri dari pelbagai negara. Ada Hong Kong, Taiwan, Australia, Filipina, New Zealand dan dari Malaysia ada 9 orang, termasuk kami bertiga. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk tiba ke jeti. Dalam beg sandang perlu ada air, roti dan biskut. Juga botol kosong.....toilet tak de getah paip, so....paham2 ajelah!!!!!
Berhenti sekejap selama 20 minit di Mekong Rest Stop. Pemandangan disini memang redup mata memandang. Kelihatan pondok sana sini.....tempat makan yang pastinya non halal. Just berhenti untuk ke toilet dan duduk2 ambil angin!!!!. Ada juga kedai menjual minuman ringan dan cenderahati.
Gambar2 dibawah ni....pengalaman semasa berada salah satu pulau yang berada di Delta Mekong. Memang seronok di sini.
Menaiki bot panjang untuk sampai ke pulau tersebut....
Lupa pulak nama pulau tu.
Dihidangkan madu yang dicampur air teh cina, limau
kasturi.
Best dapat naik sampan.......
Manis sungguh kesemua buah2an ni......
Sambil makan buah....ada lak hiburan tp tak paham pun!!!!!
Candy kelapa
Menaiki kereta kuda untuk kedestinasi lain....
Menaiki bot kecil keluar dari pulau untuk menaiki bot panjang.
Last sekali...menaiki bot panjang semula untuk ke jeti dan manaiki bas balik ke bandar. Dalam perjalanan kami dihidangkan air kelapa yang sememangnnya best. Tapi memang lepak, masing2 kepenatan selain cuaca yang memang panas terik.
Malam ke - 2, baru sempat ke kedai Hjh Basiroh. Seorang
Ustazah dan peniaga yg terkenal dikalangan pelancong Malaysia.
Sebelum bertolak balik meninggalkan HCM, sempat lagi ambil gambar
di belakang pasar.
Sempat capai 5 biji pelam yg mebeles ni sblm naik teksi.
Kenalan baru.....banyak shooping dan kaki niaga diorang ni!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan