Rabu, 13 Mac 2013

Mini Ketayap.....

Assalamualaikum dan salam bahagia. Amacam hari ini?. Semuga segala urusan dipermudahkan dan bila dapat landingkan badan tu.....rehatlah sepuasnya!!!!!.
Hari ni berkesempatan mendadar. Kebetulan ada yg ajak ziarah kawan yg tk sihat....last minit!!!. Itupun menu pilihan terakhir setelah puas berfikir. Kebetulan ada lebihan kelapa parut, lagipun dah lama tak buat kuih ni. Kalau sebut kuih ketayap @ kuih dadar ni, macam2 cara dan gaya orang membuatnya. Adunan dia pun ada pelbagai cara. Tak kisahlah walau apa pun....yang penting sedap!!! . Saya buat comel2 je...senang nak makan, sekali @ dua kali ngap je!!!!. Jom kita intai versi saya pula.....





MINI KETAYAP

Bahannya:
1 1/2cawan tepung gandum
1st gula pasir
1/4st garam
1sb butter ~ dicairkan
5 helai daun pandan + 1/2cawan air ~ dimesin dan ditapis
1 cawan santan
pewarna purple
pewarna hijau

Caranya:
1. Satukan semua bahan, kacau sebati, mesin hingga halus. Kemudian tapis.
2. Ambil sedikit adunan, warnakan purple. Masukan adunan purple dalam botol yang ada muncung halus. Adunan yang selebihnya diwarnakan hijau. 
3. Panaskan kuali non stick. Kecilkan api, picitkan adunan purple berbentuk dot dot, biar kering sebentar. Kemudian dadarkan adunan warna hijau diatas warna purple, biarkan hingga permukaan kering, terus angkat. Tak perlu dibalikkan.
4. Letakkan inti, gulung kemas2.








Bahan Inti:
1/2 cawan gula melaka + 1/2 cawan air ~ direbus kemudian ditapis.
daun pandan secukupnya
2 cawan kelapa parut
sedikit garam
sedikit tepung gandum
kacang tanah secukupnya ~ digoreng dan dikisar

Caranya:
1. Dalam kuali, masukkan air gula dan daun pandan. Biar mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau sebati, kecilkan api dan biarkan hingga kering.
3. Taburkan sedikit tepung gandum, kacau lagi biar rata.
4. Bila dah kering, angkat dan sejukkan.
5. Bila nak digunakan, baru gaul dengan kacang tanah kisar. 


2 ulasan:

  1. comelnyer ketapa uda ni... rajin pulak tu mengedot.. hihi..

    BalasPadam
  2. caomelnya ketayap akak..siap berdot2 lagi :)

    saya baru je siap buat intinya semalam.bila nak buat ketayap pon tak tahu.tunggu hari sabtu ahad kot :)

    BalasPadam