Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berbahagia dihujung minggu. Semuga semuanya ceria2 selalu disamping keluarga tercinta. Semalam berkesempatan membuat Mille Crepe ni. Kalau ikutkan masa dan tanggungjawab, memang tak sempat dan memerlukan masa untuk membuatnya. Tapi...kalau nak seribu daya....pandai2 adjust masa. Orang lain mungkin dapat siapkan dlm setengah hari tapi saya satu hari.Bermula seawal 8 pagi, selesai semuanya lebih kurang pukul 9 malam. Mana taknya....sekejap on sekejap off!!!!. Alhamdulillah, berkat nak mencuba juga, akhirnya terhasillah Tiramisu Mille Crepe ni. Walaupun tak seayu dan seanggun dengan Puan Azlita punya, tapi berbaloi rasanya. Bila tengok kejadiannya.....hilang segala penat dan lupa seketika aksi lipas kudung semalam.
Untuk pengetahuan semua, satu adunan untuk crepe ni saya dapat lebih kurang 34 keping. Mungkin saya buat nipis, itu yang dapat banyak. Vanilla Krim Kastard pun ada lebih. So, lebihan crepe dan krim tu saya dapat lagi satu mille Crepe. Nanti saya tunjukkan.
Tiramisu Mille Crepe......memang sedap dan memang berbaloi. Terima kasih pada Puan Azlita kerana sudi berkongsi resepi . Jom....sesapa nk mencuba, boleh ikut cara saya atau pun kalau nak cara yg lebih terperinci, sila rujuk di blog Azlita masam manis.
Untuk pengetahuan semua, satu adunan untuk crepe ni saya dapat lebih kurang 34 keping. Mungkin saya buat nipis, itu yang dapat banyak. Vanilla Krim Kastard pun ada lebih. So, lebihan crepe dan krim tu saya dapat lagi satu mille Crepe. Nanti saya tunjukkan.
Tiramisu Mille Crepe......memang sedap dan memang berbaloi. Terima kasih pada Puan Azlita kerana sudi berkongsi resepi . Jom....sesapa nk mencuba, boleh ikut cara saya atau pun kalau nak cara yg lebih terperinci, sila rujuk di blog Azlita masam manis.
TIRAMISU MILLE CREPE
Sumber : Azlita Masam Manis
Crepe Mentega Perang
Bahannya:
90gm butter
720ml susu cair
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung kek
45gm gula kaster
1st esen vanilla
secubit garam
Caranya:
1. Cairkan butter hingga keperangan dengan api yang sederhana. Hendaklah selalu dikacau supaya tak hangus.
2. Dalam satu bekas, satukan bahan yang lain,kacau rata kemudian masukkan butter.
3. Masukkan adunan dalam blender, mesin hingga halus kemudian tapis.
4. Simpan adunan yang bertutup dengan plastik didalam peti sejuk selama 30 minit.
Cara membuat crepe:
1. Panaskan kuali tak melekat hingga betul2 panas.
2. Perlahankan api, oles kuali dengan sedikit minyak.
3. Tuang 1 senduk adunan dalam kuali, mula mendadar . Biarkan hingga permukaannya kering dan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu dibalikkan, terus angkat.
4. Buat hingga habis dan tutup setiap lapisan crepe dengan plastik supaya tak kering.
Kek Span Coklat
Bahannya: (1/2 adunan dpd resepi asal)
2 biji telur
63gm gula castor
1/2st esen vanilla
8gm ovelette
20ml air
50gm tepung gandum ~ diayak
10gm serbuk koko ~ diayak
1/2st baking powder ~ diayak
35gm butter ~ dicairkan
loyang bulat 8 x 8in ~ dialas dgn baking paper
Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Campurkan semua bahan kecuali butter cair. Putar hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dgn spatula hingga sempurna.
4. Masukkan dalam loyang. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak.
5. Keluarkan dari loyang dan sejukkan kek.
Vanilla Krim Kastard
Bahannya:
550ml Whipping Cream base jenama Rich kotak biru ( saya guna yang ready to whipp)
450ml susu segar/susu cair
2sb tepung gandum
1 1/2 sb tepung jagung
85gm gula kaster
4 biji kuning telur
2sb butter
1st esen vanilla
secubit garam
coklat susu secukupnya
Biskut lady finger secukupnya
Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali butter. Kacau hingga rata kemudian tapis.
2. Panaskan atas dapur dgn api yang sederhana hingga pekat dan meletup2. Segera tutup api.
3. Tambahkan butter, kacau adunan hingga licin dan berkilat..Biarkan sejuk.
4. Simpan dalam bekas bertutup dan sejukkan dalam peti ais .
5. Dalam mixer, masukkan kastard dan whipping cream. Putar hingga adunan kental.
Cara menyediakan Tiramisu
1. Kek span diletakkan atas lapik kek.
2. Sapukan atas kek dengan sedikit air nescafe untuk melembabkan kek.
3. Sapukan vanilla krim kastard diatas kek, ratakan dan parutkan coklat putih diatasnya.
4. Letakkan sekeping crepe diatasnya, tekan2kan permukaannya supaya rata.
5. Ulang langkah yang ke 3.
6. Ulang proses yang sama hingga secukupnya ~ hampir tinggi dengan biskut lady finger.
7. Salut keseluruhan kek dengan vanilla krim kastard.
8. Susun biskut dikeliling kek. Hias dengan taburan buah dan parutan coklat.
9. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.
nampak sedap... teringin nak makan
BalasPadamwah..patutlah harganya mahal..memang berbaloi...sedapnyaaa...
BalasPadamJom singgah blog saya: http://pdajawe.blogspot.com/