Rabu, 6 Mac 2013

Soto Lamongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni ada permintaan suruh masak soto. Dating ngan Mr Google....terjumpa soto yang satu ni. Ada beza sikit dgn soto2 yg lain. Soto ni ada letak daun limau purut dan air limau. Rempah tumis tak masuk dan orang2 di seberang....di tanah Jawa, makan soto ni dengan nasi dan ada suun dicelur dgn air panas. Oleh kerana nak tahu apa rasanya, saya pun try tapi ada ubahsuai ikut selera kami sekeluarga. Sepatutnya isi ayam disiat2 tapi saya main masuk je ayam tu dalam kuah soto. Emmm....sedap walaupun kuahnya cair. Ada rasa macam tom yam sikit.....lain kali boleh buat lagi!!!!. Jom.....kita intai resepi soto ni .....




SOTO LAMONGAN
Sumber : Masakan Indonesia
Olahan : UDA



Bahannya:
12 ketul ayam (dipotong2)
4 helai daun limau purut
3 batang serai (dititik)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
lada sulah Ajishio secukupnya
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2 in halia
1 in lengkuas
2 1/2 sb ketumbar biji (digoreng tanpa minyak)
7 biji buah keras (digoreng tanpa minyak)
sedikit kunyit basah

Bahan pelengkap:
nasi impit yang telah direbus
taugeh ~ dicelur
daun sup ~ dihiris halus
telur rebus ~ dipotong
bawang goreng
sambal kicap cili padi


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang hiris dan serai. Biar wangi.
2. Masukkan bahan dimesin , tumis hingga garing dan wangi.
3. masukkan ayam, gaul rata dan biarkan sebentar.
4. Masukkan air secukupnya, daun limau, kiub ayam, air limau, lada sulah, garam dan gula. Biar mendidih dengan api yang kecil.
5. Bila ayam dah timbul dan masak, rasakan garam dan perasa. Tutup api.
6. Hidangkan bersama bahan pelengkap.





2 ulasan:

  1. Macam sedap je resepi ni Uda... namanya pun unik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap.....sesekali kita try menu sama tapi resepi berbeza....memang puas hati!!!!

      Padam