Rabu, 6 Februari 2013

Ketam masak tauchu





KETAM MASAK TAUCHU


Bahannya:
4 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan dan belah 2)
sedikit garam
sedikit tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
1 biji telur
*** satukan semua bahan, goreng ketam hingga masak, ketepikan.

2sb tauchu
1sb lada serbuk
1st serbuk kunyit
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

Bahan dihiris:
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih 
6 tangkai cili padi
2 helai daun limau

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan lada serbuk dan sedikit air, tumis lagi hingga sebati.
2. Masukkan serbuk kunyit, air limau  dan tauchu, kacau sebati. Rasakan garam dan gula.
3. Masukkan ketam, gaul sebati dan angkat.












Tiada ulasan:

Catat Komen