Ahad, 17 Februari 2013

Laksa Betawi....




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimana pun anda berada, semuga sihat belaka dan ceria2 selalu. Nak memasak atau mengemas pun kene ceria, baru mood datang dan segala urusan kita kat rumah....beres dengan cemerlangnya!!!. Jadi surirumahtangga sepenuh masa ni, kerje lebih banyak dari yang keje kat pejabat tu. Tapi, itulah keje yang paling mulia dengan syarat....buat penuh ikhlas kerana Allah.

Hari ni nak kongsi satu resepi laksa yang senang dan sedap. Itulah...rajin merayau ngan Mr Google. Laksa Betawi.....rasanya seakan2 laksa nyonya pun ada, rasa ayam masak lemak pun ada. Laksa ni tak pedas langsung tapi saya tambah lada kering sedikit supaya ada rasa pedas, baru berselera. Kalau nak cantik dan lebih mengancam, guna udang sederhana besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya sahaja. Saya guna udang biasa je, apa yang ada kat rumah. Resepi asal tak letak asam keping dan letak daun salam. Oleh kerana nak ada rasa masam sikit, saya letak asam keping dan nak terbitkan aromanya, saya letak daun limau purut. Hasilnya.....memang sedap, menepati citarasa kami sekeluarga. Jom, kita intai....



LAKSA BETAWI
Sumber : Resep komplit.com
Olahan : UDA


Bahannya:
4 ketul dada ayam (potong2)
1 cawan udang
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut / daun salam
1 btng kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 keping asam keping
1 kiub tapi ayam
1 cawan santan sederhana pekat
2 cawan air
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan yang dimesin:
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji buah keras
1 in kunyit basah
6 tangkai lada kering yang dah direbus
1 sb ketumbar

Bahan sampingan:
mee hoon secukupnya (dicelur)
telur rebus
taugeh (dicelur)
daun selasih / daun kemangi
bawang goreng


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, cengkih dan serai. Tumis bahan yang dimesin hingga berubah warna dan wangi.
2. Masukkan ayam, daun limau, kiub ayam, asam keping, kemudian kacau rata hingga betul2 sebati.
3. Masukkan air, garam dan gula, masak hingga mendidih.
4. Masukkan santan, kecilkan api biarkan mendidih sekali lagi, baru masukkan udang.
5. Bila rasanya semua dah ok, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee hoon dan bahan sampingan yang lain.



Tiada ulasan:

Catat Komen