Rabu, 6 Februari 2013

Kuih Bakar Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah beberapa hari tak bersiaran. Entah kenapa.......malas betol nak menaip. Mungkin sibuk.....penat dan no mood. Kuih bingka ni saya buat hari sabtu mlm ahad baru2 ni. Ada yang teringin nak makan, itu yang merajinkan diri membuatnya. Sesiapa pun tahu.....bingka labu memang sedap dan lemak. Labu....macam2 kuih kita boleh buat. Selain bingka, boleh juga buat buah melaka, puding dan macam2 lagi.






KUIH BAKAR LABU
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahannya:
3 biji telur
3 cawan santan sederhana pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya kurangkan sikit)
1/2st garam
1st esen vanilla
2sb butter
2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek halus(saya blender dgn bahan yg lain)
sedikit bijan utk tabur atas permukaan kuih
pewarna kuning (saya tambah)


Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lengserkan acuan dengan minyak, panaskan dalam oven sebentar.
2. Satukan semua bahan, blender. Letak pewarna kuning sedikit, kacau rata.
3. Keluarkan acuan yg telah panas, tuang adunan, bakar hingga masak.
4. Bila bahagian bawah dah garing, saya tukar api bhg atas sahaja untuk garing bahagian atas.
5. Bila dah masak dan garing, keluarkan dari oven, tunggu sejuk baru keluar dari acuan.












Tiada ulasan:

Catat Komen