Selasa, 26 Februari 2013

Kek Nenas






Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Apa khabar?.  Rasanya dah nak hampir seminggu tak bersiaran. Rindu tu memanglah rindu tapi mood tak de, nak buat macam mana ye tak. Hari ni mood tu baru nak bermula, saya try buat kek nenas. Tapi, nyaris2 kek saya ni tak jadi. Dah siap mengadun, tinggal nak masukkan  dalam loyang, terlupa nak letak margerin dalam adunan tu. Adoi!!!!. Saya nekad....cairkan sebentar margerin tu, tapi taklah cair sangat, masuk dalam adunan, terus putar bagi sebati. Tawakkal ajelah!!!!. Nasib baik menjadi dengan gebunya. Kek ni memang sedap, ada rasa masam manis si nenas tu dan ianya memang lembut dan gebu. Nakkan lebih menarik, saya letak sikit pewarna lemon yellow ....taklah pucat sangat. Oleh kerana kek ni guna jem nenas, sebelum nak buat kek, kita masak jem nenas tu dulu. Dah sejuk, baru boleh adun keknya pula. Jom kita intai resepi ni.....

KEK NENAS
Sumber : ilahjy @ ilahmasakanku
Olahan : UDA


Bahan untuk jem nenas:
1 biji nenas yang sedang (kupas dan buang tempulur)
1 batang kayu manis
1/2 cawan gula

Caranya:
Mesin nenas dengan 1/4 cawan air hingga halus. Masukkan dalam kuali bersama gula dan kayu manis. Masak nenas hingga pekat tetapi jangan sampai kering. Sejukkan.


Bahan kek:
1 cawan margerin
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan brown sugar
1 cawan jem nenas
1/4 cawan susu cair
6 biji telur gred B
1 sb ovalette
1 st baking powder
2 sb tepung kastard
1 st esen vanilla
sedikit pewarna lemon yellow


Caranya:
1. Satukan gula, telur, margerin dan ovalette. Pukul hingga gebu dan lembut.
2. Masukkan tepung2 yang telah diayak bersama baking powder, susu cair dan vanilla. Pukul lahi hingga gebu.
3. Masukkan nenas dan sedikit pewarna, putar sebati.
4. Guna loyang 9x9in yang telah digris, bakar pada suhu 170C selama 30 - 40 minit atau hingga masak.

















2 ulasan:

  1. betul ke kek ni jadi. sebab setahu saya kala telur dicampur sekali dgn majerin telur tu kan kan naik.

    BalasPadam
  2. betul ke kek ni jadi. sebab setahu saya kala telur dicampur sekali dgn majerin telur tu kan kan naik.

    BalasPadam