Rabu, 20 Februari 2013

Nugget Tauhu Berinti


Assalamualaikum dan selamat malam. Baru boleh 'bernafas lega'!!!!!. Yelah.....surirumah ni kerja kan tak habis2. Urusan rumah tangga yang perlu diutamakan, dah beres....baru leh ngadap ni. Sebenarnya semalam saya buat nugget ni, kebetulan ada anak buah datang.....lepas goreng terus snap, tak sempat nak posing cun!!!. Diorang cakap sedap....tuan yang membuatnya tak sempat nak merasa. Tengahari tadi anak buah tanya mana resepinya...hahaha!!!! . Hari ni busy!!!!. Bila dah ada ni....jangan tak buat pulak. Nugget ni senang je. Macam2 kita boleh letak dalam adunan ni...ikut kreativiti masing2. Resepi asal selain tauhu, hanya letak ayam. Tapi saya letak selagi benda yang ada dlm ais box....tu yang kata sedap, hahaha!!!!!. Jom kita intai.....

NUGGET TAUHU BERINTI
Resepi Olahan : UDA


Bahannya:
5 keping tauhu (dihaluskan)
200gm isi ayam (ditumbuk halus dan digunting kecil2)
1 cawan udang (dibuang kulit dan dicincang halus)
1/2 cawan lobak merah ( dicincang halus)
4 tangkai daun sup (dicincang halus)
2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
1sb serbuk lada sulah Ajishio
3 biji putih telur (dipukul ringan)
sos ikan / garam secukupnya

Bahan salutan:
putih telur secukupnya
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya


Caranya:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang atau bekas pilihan yang dialas plastik dan digris dengan sedikit minyak.
2. Satukan semua bahan diatas hingga sebati.
3. Masukkan dalam loyang, ratakan dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
4. Dah masak, sejukkan. Jika dalam loyang atau permukaan adunan ada air, senggetkan loyang dan lap permukaan adunan dengan towel tissue.
5. Bila dah sejuk, potong ikut citarasa.
6. Golekkan dalam tepung gandum, kemudian dalam putih telur seterusnya dalam serbuk roti.
7. Buat hingga habis, dan boleh disimpan dalam freezer. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing dan keemasan.


Tiada ulasan:

Catat Komen