Rabu, 6 Februari 2013

Roti Jala Dan Kari Ayam






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak buat roti jala ni....tetiba teringin pulak. Walaupun sibuk, buat gak, takut kempunan. Makan tak banyak mana pun...asalkan dapat makan buatan sendiri. Jadilah lipas kudung sekejap......untuk masa yang terhad!!!!. Jom kita intai roti jala saya ni.....

ROTI JALA

Bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 biji telur
2sb margerin
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
2. Satukan semua bahan, blender hingga halus, kacau rata.
3. Bila kuali dah panas, start menjala.
3. Dah masak, angkat dan gulung. Buat hingga habis.


KARI AYAM

Bahannya:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong2)
1 cawan santan pekat
5sb serbuk kari
1 keping asam keping
2 tangkai daun kari
2 biji kentang (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dimesin:
6 tangkai lada kering yang telah direndam
1 batang serai
1in lengkuas
1in halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
air secukupnya


Caranya:
1. Panaskan minyak. tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing. 
2. Masukkan ayam dan daun kari, masak sebentar sambil dikacau rata.
3. Masukkan serbuk kari , kacau rata hingga naik minyak. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Biarkan hingga naik minyak. 
4. Masukkan air secukupnya ikut kepekatan yang kita nak. Masukkan asam keping, kentang, lobak merah, garam dan gula. Masak hingga empuk. 
5. Masukkan santan pekat, biar hingga mendidih, tutup api.
6. Biarkan pekat sedikit, baru sedap dimakan dengan roti jala.


















Tiada ulasan:

Catat Komen