Selasa, 4 Disember 2012

Cekodok Kentang Udang Geragau





Assalamualaikum dan selamat pagi. Mendung je kat luar tu...Sarapan apa hari ini?. Mungkin ada yang bersarapan berat dan ada yang ringan2 je.... Saya buat yang ringan2 je tapi kalau dah masuk dlm perut.....jadi berat gak!!!!!. Kebetulan ada kentang, udang geragau pun ada. Biasanya saya buat cekodok ni, kentang saya potong dadu je. Tp hari ni malas nk mendadu, saya blender je senang. Bila makan panas2....luar rangup dalam lembut je. Bila sejuk, still lembut. Sebenarnya, buat cekodok ni ada macam2 cara.....ikut selera masing2. Jom intai cekodok saya buat hari ni....


CEKODOK KENTANG UDANG GERAGAU


Bahannya:
270gm kentang (dikupas dan dipotong nipis)
2 - 3 cawan tepung gandum (bergantung jenis kentang)
1/2 cawan udang geragau
1/2st soda bikarbonat
1/2st baking powder
2biji telur
1/2 cawan air
1/2 biji bawang besar (didadu)
3 biji bawang putih
1sb margerin
serbuk lada sulah secukupnya
daun sup secukupnya
garam secukupnya

Caranya:
1. Kentang, bawang putih dan air diblender halus. Masuk dalam bekas, campur semua bahan, gaul sebati.
    * tepung masukkan 2 cawan dulu, jika adunan masih lembik, tambah sikit lagi.
2. Bila dah sebati, perapkan selama 30 minit.
3. Goreng hingga garing dan sedap dimakan panas2.

Tiada ulasan:

Catat Komen