Isnin, 3 Disember 2012

Vanilla Cupcake




Assalamualaikum ....bersiaran lagi kita. Dah lama tak buat cup cake. Hari ni ada permintaan, buat jugaklah dalam hujan lebat kat luar tu. Nasib baik tak de kilat!!!!. Mulanya malas nak mendeco....tapi....anak kata kalau tak de toping tak nak makan!!!!. Waduhhh......mendeco jugalah nampaknya. Dahlah tu, macam2 yang dia suruh letak....mula2 rajin menolong menabur segala bagai tu....tapi rajinnya sekejap je.....ibunya juga yg menghabiskannya. Tak pelah....janji dah buat apa yang dia nak. Resepi ni saya intai kat blog Mat Gebu tu....cuma saya doublekan bahannya sbb saya guna paper cup yang besar. Gula perang saya gantikan dengan gula castor dan susu segar saya gantikan dengan susu cair, perasa saya guna essen egg vanilla. Butter cream saya copy resepi dari My Resepi.  Jom kita intai....


VANILLA  CUPCAKE
Olahan : UDA

Bahannya:
250gm butter
3/4 cawan gula castor
4 biji telur ( 2 biji ambil kuning sahaja)
2 cawan tepung gandum *
2st baking powder*  ( * disatukan dan diayak)
1st esen egg vanilla
150ml susu cair

Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Alas acuan muffin dengan paper cup. Ketepikan.
2. Putar butter dengan gula hingga berkrim.. Masukkan telur satu persatu dan terus putar lagi.
3. Masukkan tepung selang seli dengan susu cair, pukul sebati. Masukkan esen egg vanilla, gaul merata dengan spatula.
4. Isi dalam acuan 3/4 penuh, bakar selama 25 minit atau hingga masak. Dah masak, keluar dan sejukkan.
5. Hias dengan buttercream.


Bahan untuk Butter Cream:
250gm butter
100gm susu pekat (kalau suka manis, boleh tambah lagi)
1st esen vanilla


Caranya:
Pukul semua bahan hingga kembang dan berkrim. Boleh digunakan dan jika ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.










Tiada ulasan:

Catat Komen