Isnin, 10 Disember 2012

Nagasari Jagung





Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sedar tak sedar.....sekejap dah penghujung tahun. Tahun baru dah nak muncul....bermakna, usia pun makin bertambah. Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan bersama orang2 yang tersayang. Juga, masih diberi kesihatan yang baik. Semuga ditahun2 yang akan datang, masih diberi kesempatan dan peluang untuk memperbaiki diri.

Disini, saya nak kongsi resepi kuih yang biasa orang dengar dan juga biasa orang makan. Nagasari....salah satu kuih lama tapi dah dimodenkan. Maksudnya....tak pakai lagi bungkus guna daun pisang, guna acuan lompang je... Selain comel kejadiannya, proses membuatnya pun cepat. Cepat dimasak, sedap dimakan!!!!. Resepi ni saya intai kat Kak Yati @yatiememories. Tak guna inti pisang @ nangka tapi guna jagung. Untuk resepi ni....saya habiskan satu tin jagung tu....senang, tak yah simpan yang berbaki.. Kuih ni sedap....lembut je kat tekak dan terasa lemak manis jagung tu bila digigit.  Jom saya share disini pula ye.....


NAGASARI JAGUNG
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahannya:
1 tin jagung manis
1 cawan tepung jagung
1 sb tepung Hoen Kwee (yang putih)
1 cawan gula pasir
1 st garam
1700ml santan (guna santan kotak pun ok)
acuan lompang secukupnya

Caranya:
1. Acuan lompang dilengser dengan sedikit minyak supaya tak melekat.
2. Satukan semua bahan kecuali jagung, dimasak hingga pekat dan licin. Guna api yang sederhana saje.
3. Masukkan jagung, kacau sebentar supaya rata . Padamkan api.
4. Sudukan adunan dalam acuan lompang hingga penuh dan sejukkan. Tak perlu dikukus.
5. Masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.







Tiada ulasan:

Catat Komen