Assalamualaikum dan salam bahagia. Jumpa lagi....walaupun sekarang agak jarang muncul tetapi terima kasih kepada yg sudi singgah ke blog yang tak 'berapa' ni. Bila rajin...bolehlah saya kongsi2 menu yang mungkin boleh mendatangkan idea anda untuk memasak. Saya pun dapat ilham hasil skodeng blog blogger yang lain. Bukannya apa, kekadang kita kekeringan idea, nak masak apa agaknya hari ni. Kalau setakat melayan tekak kita sendiri.....main campak2 dan main rebus2 je masih boleh on ye tak?. Mee Udang ni terhasil dari .....cedok resepi sana sini...jadikan satu. Ye la....tengok resepi, semuanya sedap, tak tahu yang mana satu nak cuba. Last2....ambik sana sikit, sini sikit. Yang penting hasilnya...... menjadi mee udang bukan jadi mee lain dan keluarga sukakannya. Kepada sesapa yg terasa resepi ni ada sikit persamaan macam dia punya, halalkan ye....saya kongsi di sini pula!!!!
MEE UDANG
Olahan : UDA
Bahannya:
mee kuning secukupnya ~ dicelur
telur ~ direbus
tauhu ~ digoreng
sawi ~ dicelur
bawang goreng secukupnya
Bahan Kuah:
sos cili secukupnya
udang secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
1 biji kentang ~ direbus
garam dan gula secukupnya
Bahan dimesin:
1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering ~ rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga garing dan wangi.
2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.
3. Masukkan kentang yang dimesin dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah ok, tutup api.
5. Siap dihidang dan dimakan bersama mee and the gang!!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan