Rabu, 26 September 2012

Ibu dan Mertua.......siapa lagi penting?


Assalamualaikum....salam sejahtera. Tak kira walau dimana kita berada, sesibuk mana pun kita, sebesar mana pun pangkat kita, setinggi mana pun darjat kita...ibu dan bapa dilupa jangan. Martabat ibu dan bapa itu  kedua tertinggi selepas martabat Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menghargai dan bersyukur......kerana merekalah kita dapat melihat bintang dan matahari. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada ibubapa, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Jika terlambat, menangis air mata darah sekali pun, mereka tak kan dikembalikan lagi kepada kita.
Nabi bersabda.....Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbuat baik pada ibubapanya dan sambungkan hubungan silatur rahim.

Kepada mak....Hjjh Awa@Mariam Bt Abd. Hamid, Uda doakan semuga mak sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Sentiasa bahagia di dunia dan diakhirat, dikelilingi dan disayangi oleh anak2 dan cucu2. Uda juga selalu doakan mak agar sentiasa disinari cahaya keimanan, dilindungi dari fitnah kehidupan, fitnah kematian dan juga fitnah dajjal. Semuga dipanjangkan umur dalam keimanan, dalam kesihatan yg baik agar dapat terus menimba ilmu, sebagai bekalan di alam akhirat...... 'Ya Tuhanku, Kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengahsihani aku sewaktu aku kecil'. Uda sayangggg mak!!!!



Sebagai anak perempuan, setelah berumahtangga, tanggungjawab ibubapa terhadapnya diambil alih oleh suami. Isteri yang soleha, sentiasa mendengar kata dan suruhan suami selagi tak melanggar hukum Allah. Kalau dulu syurga dibawah tapak kaki ibu, setelah bersuami syurga itu ditapak kaki suami. Berlainan dengan anak lelaki, tanggungjawab terhadap ibubapa tanpa nokhta.....berbakti pada ibubapa sampai akhir hayatnya.
Lelaki yang baik....yang taat pada ibubapanya selepas taat pada Allah.

Sebagai isteri, jika kita sayang pada suami , kita juga hendaklah sayang kepada ibubapanya. Jika tiada mereka, tiadalah suami kita. Ibu....itulah sorang dalam dunia, tiada dua, tiada tiga..Isteri....hilang satu....dua, tiga, empat boleh dibuat pengganti. Ibu tiada galang gantinya.

Kepada ibu mertua......Hjh Teh Bt Abdullah, terima kasih tak terhitung rasanya kerana sudi menerima saya sebagai menantu sejak 20 tahun yg lalu. Segala teguran dan kritikan, menjadikan saya lebih dihargai dan disayangi hingga sekarang. Bagaimana mak menyayangi anak mak, begitulah juga saya menyayangi dia. Susah senang biar bersama, biar ajal dan maut yg memisahkan kami. Di mana dia berada, disitu ada saya.Walaupun mak sekarang dah tak ingat , siapa anak emak dan siapa saya.....insyaallah, kami akan terus menjaga emak dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Kami tak pernah kesal dan mengeluh kerana Allah Maha Melihat, Maha Pengasih dan Penyayang. Semuga bakti kami ini menjadi contoh kepada anak kami nanti. 

'Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku, tabahkan hatiku, sucikanlah hati ku supaya sentiasa ikhlas dalam mendapatkan keredhaanMU'
'Ya Allah....sesungguhnya tulangku lemah dan kepalaku ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.'
'Ya Allah....ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk'
'Ya Allah....ampunilah dosa ibu mertuaku ini, selamatkanlah dia didunia dan diakhirat.'.......

...................AMIN...................

1 ulasan: