Isnin, 24 September 2012

Nasi Komok @ Nasi Minyak Thai





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari minggu baru2 ni kononnya tak nak masak nasi, nak masak mee je. Yelah...memandangkan ada orang dlm rumah ni kene diet atas nasihat doktor. Kalau mee pun kene mee hoon, tak leh mee kuning. Tapi hati nak mencuba resepi nasi komok ni, dah lama simpan resepi ni asyik lom kesempatan je. Nak sedapkan hati sendiri, masak gaklah sikit.....sebagai episod pengenalan gitu, kalau sedap lain kali leh masak banyak. Resepi ni saya copy dari Mieza @ WAWMC. Boleh tahan sedap nasi ni, rasanya ala ala nasi daging gitu tapi tak de daging dlm nasi ni. Tq Mieza...saya salin kat sini ye....


NASI KOMOK @ NASI MINYAK THAI
Sumber :Mieza @ WAWMC



BAHAN REMPAH KOMOK
2 sb rempah kari daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1 sk garam
1sk gula.

Caranya:  Gaul semua, kalau ada lebih boleh simpan dlm peti ais.


Bahan untuk nasi:
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2 sb rempah komok
1/2 cawan susu cair
kiub ayam
daun ketumbar/akar ketumbar
garam
bawang goreng
minyak sapi (saya guna butter)
2 helai daun bay (saya tak letak)
bawang putih jeruk (saya tak letak)



Bahan tumis:
4 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1/2 in halia*(* ditumbuk halus)
1/2 biji bawang holland (dimayang@ dadu)
kayu manis, bunga lawang,cengkih dan buah pelaga
lada hitam di tumbuk halus(sikit je)


Caranya:
1.Tumis cengkih, b.lawang,cengkih dan buah pelaga. Masukkan bawang holland.
2. Dah layu masukkan bahan tumbuk, dah wangi masukkan rempah komok, lada hitam, daun bay. Dah garing masukkan air dan susu cair.
3. Salin ke rice cooker, masukkan beras dan bahan2 lain.
4. Dah masak tabur bawang goreng.


AYAM GORENG KOMOK
Ayam
garam
rempah komok
serbuk pati ayam

* perap semua bahan diatas bersama ayam. Goreng sampai masak.



SOS NASI KOMOK

6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 in halia (saya tk letak)
daun ketumbar(saya tak letak)
cuka(saya gantikan dengan sos cili)
garam
gula pasir
akar ketumbar (diketuk, masuk masa masak sos)

Caranya:
1. Blender semua bahan kecuali akar ketumbar. 
2. Goreng gula hingga menjadi gula hangus karamel.
3. Dah cair, masukkan bahan blender dan akar letumbar
4. Masak dgn api sederhana hingga pekat. 
5. Sambal tu biar berasa masam masam manis.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan