Khamis, 14 Februari 2013

Pie Tee....




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rindu kat dapur......dah seminggu dapur tak berasap. Kiranya....ni lah baru berasap...menu pertama!!!!. Itu pun sebab teruja.....dapat beli acuan pie tee, tak sabar nak mencuba. Kalau ikutkan rasa badan, memang masih lepak. Makan angin memang syok tapi bila balik....tengok kain baju kotor setambun....badan terus nak demam...hahaha!!!!. Pie Tee ni....inti dia kita boleh pelbagaikan, ikut citarasa. Adunan tepung dia, saya copy dari CMG tapi saya buat separuh je. Itu pun banyak....lebih kurang dapat 45 biji. Alhamdulillah....menjadi. Adatlah kalau satu dua yang tak menjadi!!!!. Kelongsong Pie Tie boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Bila2 nak makan, tinggal buatkan inti je. Jom kita intai......


PIE TEE

Bahan Kulit Pie Tee
(sumber : CMG)

1/2 adunan:
90gm tepung beras
25gm tepung gandum
25gm tepung jagung
175ml air
1 biji telur (saya guna separuh)
sedikit garam

Caranya:
1. Satukan semua bahan, tapis. Ketepikan.
2. Rendam acuan dalam minyak yang banyak hingga tenggelam, kemudian panaskan minyak.
3. Bila minyak dan acuan dah panas, angkat acuan, celupkan dalam adunan tetapi jangan sampai menutupi acuan bahagian atas. Celup dalam minyak panas hingga ke bahagian dasar kuali. Ini supaya, kulit pai tee nanti boleh berdiri tegak.
4. Bila dah separuh garing, keluarkan dari acuan menggunakan lidi. Jika terlalu garing, ia akan patah bila kita keluarkan dari acuan. Bila tak cukup garing, adunan masih lembik, ia akan meleper, tak akan terbentuk.
5. Bila dah keluarkan dari acuan, goreng kulit pie tee hingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan atas kitchen towel @ tisu. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Bahan Inti
1 cawan udang (dibuang kulit dan dipotong dadu)
1 cawan sotong (dipotong kecil2 dan direbus sebentar)
1 cawan lobak merah (didadu)
1 cawan sengkuang (didadu)
1 cawan batang saleri (didadu)
1 tangkai lada merah (dipotong halus)
1/2 biji bawang holand (didadu)
2 biji bawang putih (cincang halus)
sedikit sos tiram
sedikit minyak masak + minyak bijan
serbuk pati ayam secukupnya

Caranya:
1. Panaskan minyak dan minyak bijan. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan lobak merah, kacau sebati. Masukkan sengkuang, udang,sotong, batang saleri, sos tiram dan serbuk pati ayam. Kacau sebentar hingga semuanya sebati dan masak. Masukkan lada merah, kacau sebati, tutup api. Sejukkan.
3. Ambil kelongsong/kulit pie tee, masukkan inti hingga penuh. 
4. Sedap dimakan dengan sos pilihan. Selepas letak inti, terus makan kalau tak, kulit akan lembik, tak sedap.





8 ulasan:

  1. sedapnyer pie tee... betul tu.. bila dpt beli acuannya mmg teruja nak buat. mcm sy dulu dok buat sampai terlupa nak snap gambar.. hahaha.. takper nnt ada kerajinan boleh buat lagi.. kalau mkn kat the chicken rice shop tu... mmg tak puas mkn.. buat sendiri baru best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul....buat sendiri, makanlah sampai jemu...hahaha!!!!

      Padam
  2. Dah lama teringin nak buat pie tie tapi acuannya pulak belum ada... harap2 satu hari nanti dapat juga buat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun mcm tu jugak dulu...bila dah dpt terus buat!!!!.

      Padam
  3. Assalamualaikum...Kat rumah ni pun ada satu acuan pie tee tapi sampai sekarang tak siap2 pun lagi Pai Tee nya..Ngeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam......kalau tengah rajin, jangan bertangguh...terus buat. Kalau tak....memang tak siap...hahaha!!!!

      Padam
  4. Salam perkenalan...Uda.
    Sukanya tengok pai tee tu... comel-comel belaka. Teringin nak buat.

    BalasPadam