Khamis, 7 Februari 2013

Rainbow Cheese Roll











Assalamualaikum dan salam jumaat. Ingatkan hari ni tak de baking segala.....semalam last!!!. Dah namanya hobi bab masak memasak ni.....sempat gak buat . Tetiba teringin nak makan kek gulung.....dah lama tak buat. Itupun sebab semalam ternampak rainbow swiss roll kat satu blog tu!!!!. Tak leh tangguh2 lagi....pagi2 dah ready to baking n roll....hehehe!!. Resepi kek ni saya copy dari yateasybakes (kek gulung kasih). Saya olah sedikit untuk jadikan ia Rainbow Cheese Roll. Kek ni memang sedap, gebu dan lembut. Selain warna, saya juga tambah beberapa perisa. Kebetulan saya masih ada stok buttercream lebih buat kek yang lepas, saya sapukan buttercream dan taburkan keju parut. Eemmmm......memang berbaloi !!!!. Jom kita intai.....


RAINBOW CHEESE ROLL
Resepi Olahan : UDA


Bahannya:
70gm tepung gandum (diayak)
1sb susu tepung
3 biji telur A
60gm gula castor
60ml minyak masak
1st esen vanilla
2st ovalette
pewarna merah
pewarna kuning
pewarna hijau
pewarna biru
pewarna oren
pewarna purple
sedikit perasa strawberry, pandan dan oren
buttercream secukupnya
keju parut secukupnya


Caranya:
1. Panaskan oven 170C. Griskan loyang swiss roll yg telah dialas baking paper, ketepikan.
2. Satukan semua bahan dalam mixer bowl kecuali perasa, minyak dan pewarna. Putar hingga gebu.
3.Masukkan minyak, gaul sebati menggunakan spatula @ senduk kayu.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu. Warna merah letak perasa strawberry, warna hijau letak perasa pandan dan warna oren letak perasa oren.
5.Masukkan dalam piping bag, picit adunan  dalam loyang secara selang seli hingga habis.
6. Bakar selama 17 - 20 minit atau hingga masak. Jangan sampai garing, nanti tak boleh roll.
7. Dah masak, keluar dari oven dan terus terbalikkan kek. Sejukkan sebentar, sapukan buttercream dan tabur keju parut. Kemudian gulung kek dengan kemas.
8. Buttercream boleh digantikan dengan kaya/jem dsbnya.














6 ulasan:

  1. Assalamualikum...Wowww...rainbow swissroll gitewwww...cantikkknya..colourfull....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...salam kenal. Tq sudi singgah disini!!!!

      Padam
  2. Cantiknya! Colourfull! Kagum dengan hasil air tangan Uda...memang mantap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Amie....saje2 cuba, menjadi lak tu.....

      Padam
  3. Assalam. Nak tanya susu tepung jenis apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat reply......apa2 brand pun boleh

      Padam