Jumaat, 15 Februari 2013

Swiss Roll




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumpa lagi kita!!!!. Kat JB ni...hujan je, perut pun kerap bernyanyi riang. Konon nak diet tapi terlajak jugak. Badan kalau dah naik, memang lambat nak maintain semula. Projek dikala hujan di petang hari.....Swiss Roll. Mulanya swiss roll ni saya buat adalah bentuk bunga sana sini, kononnya memang cunlah!!!!. Tapi entah mana silapnya, bila tarik baking paper, yang bunga2 tu melekat kat kertas. Terus hilang serinya!!!!. Oleh kerana kek ni sedap, lembut gebu gitu....saya cari idea lain, maka terhasillah swiss roll yang beraneka ni. Resepi ni saya copy dari K1....Citarasawan. Jom kita intai....


SWISS ROLL
Sumber: Citarasawan
Olahan UDA

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula halus
50ml air
40ml minyak masak
80gm tepung gandum diayak
1st vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
2st gula halus
1/8st cream of tartar

Loyang 10x10in (dialas dan digris)


Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang. Masukkan air, minyak, vanilla dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan putih.
4. Kaup balikkan dengan adunan B hingga sebati dan rata.
5. Masukkan dalam loyang, bakar selama 10-15 minit atau hingga masak. 
6. Keluarkan dari oven, terus terbalikkan atas baking paper. Tarik baking paper yang buat alas kek tadi tu perlahan2. Sejukkan sekejap.
7. Sapu dengan cream buttercream, tabur dengan coklat rice, gulung perlahan2 hingga kemas. 
8. Sejukkan dalam peti ais.
9. Keluarkan kek, potong besar mana yang kita nak. Letak dalam papercup. Sapu dengan buttercream, hias dengan badam flake (digoreng tanpa minyak dulu) dan coklat rice. Hiasan ikut kreativiti masing2. Kalau tak nak guna buttercream, boleh ganti ngan kaya/jem.

CREAM BUTTERCREAM
30gm butter
50gm creamwell
2sb susu pekat manis
sedikit vanilla

** pukul semua bahan hingga kembang dan pekat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan