Khamis, 27 Disember 2012

Cencaru Bersambal cencaluk....


Assalamualaikum.....kita terus je ke resepi ikan ni ye.....nak cepat, ada hal!!!! Jom kita intai.....


CENCARU BERSAMBAL CENCALUK


Bahannya:
2 ekor ikan cencaru (bersihkan, jangan buang kulit keras)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
**** gaul ikan dengan bahan tersebut, goreng hingga masak dan ketepikan.

sedikit sos cili
5 sb cencaluk
gula secukupnya

Bahan yang dipotong2:
1/2 biji bawang holland
6 biji cili padi (lebih pun tak pe)
1 biji buah tomato

Bahan yang di mesin:
10 tangkai lada merah
3 biji bawang putih
sedikit halia


Caranya:
1. Tumis bahan yang dimesih hingga separuh garing. Kemudian masukkan cencaluk, tumis lagi hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sedikit air dan gula. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan yang dipotong2. Rasakan masin dan manis. Tak perlu letak garam sbb cencaluk dah masin.
4. Masukkan ikan sebentar, gaul sebati, tutup api dan boleh dihidangkan panas2.





1 ulasan:

  1. mintak izin share kat blog saya yer~~ petang2 ni jalan2 cari idea nak masak balik keje nanti... =)

    tQ in advance

    BalasPadam